Pemakanan sihat CELEBRATION DAY! No baked lemon Cheesecake Recipe.....OMG.......!!! ( small portions: 4 servings khas untuk orang yang tersayang~)

         
          Iye...iye ini blog pitaukur jangan laaaariiii dulu!! Mesti anda semua terkejut beruk kenapa pitaukur letak resepi cheesecake ni. Hihi saja je nk letak resepi cheesecake ni....contoh-contoh celebration meals gitu (> , <). Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni terasa juge nk makan yang manis-manis kan3!!~~
       
         Resepi ni sangat sesuai untuk mereka yang baru lepas berkahwin sebab portion yang sedikit. Juga sesuai untuk mereka yang nak bagi *gift* untuk boyfriend masing-masing confirm bleh buat hati pasangan anda cair...kui3. *tapi make sure dulu dorang memang suka cheesecake ok!! kalau tak nanti korang gak yang sedih;p

        Okay mari bergerak sekarang...ini resipinye:

Untuk Base:

 1) 200g biskut digestive.
(saya guna biskut coklat je. Tapi jangan ambil biskut yang terlalu keras ye susah nk makan nanti).

2) 63g butter (dibiarkan dalam suhu bilik)

Untuk Filling:

1) 200g philadelphia cream cheese

2) 150 ml whipping cream

3) 5 tablespoon caster sugar

4) 1-2 lemon juice (ikut citarasa masing-masing ye)

Cara-cara:

1) Hancurkan biskut digestive (nak guna food processor pun boleh).

2) Campurkan biskut dengan butter yang telah dibiarkan dalam suhu bilik. (setiap biskut perlukan kandungan butter yang berbeza. make sure masa nak campur dengan biskut nanti, butter tu tak terlalu sedikit (biskut tak boleh bind dan berterabur) atau terlalu banyak (berminyak-minyak). Letak dalam bekas tupperware yang cantik. Tekan menggunakan jari sehingga base tersebut padat.

3) Kemudian campurkan philadelphia cream cheese dan whipping cream. Kacau dengan pemukul dan adunkan sehingga ada soft peak. Campur caster sugar dan lemon juice pukul sehingga sebati.

4) Tuangkan cheese filling tersebut ke dalam bekas tupperware dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga set.

5) Untuk sesiapa yang nak bagi boyfriend masing-masing, anda boleh la tuangkan coklat hershey's syrup buat bentuk love-love ke on top of the cheesecake (buat after dah set ok) then ikat ngan ribbon comel. Siap!! Good luck girls~~

*kalau anda happy klik la iklan-iklan di atas thank you (^_^)