Showing posts with label makanan untuk diet. Show all posts
Showing posts with label makanan untuk diet. Show all posts

Kurus Di Bulan Ramadhan

Suka saya untuk memulakan  dengan mengingatkan bahawa TIDAK ada jalan pintas untuk kurus. Hampir semua produk kurus walaupun  sesetengahnya boleh menguruskan tetapi tidak berkekalan dan kebanyakannya adalah berbahaya untuk kesihatan kita.
Bagi mendapatkan berat badan ideal, kita perlu mereka bentuk CARA PEMAKANAN DAN KEHIDUPAN yang betul supaya usaha kita tidak sia-sia  dan yang penting tidak kembali bertambah berat badan setelah turun nanti.

Ramadhan
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanyaRasulullah s.a.w bersabdaSesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-RayyanOrang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelakTidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain merekaKelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasaMereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebutSetelah orang yang terakhir dari mereka telah masukpintu tadi ditutup kembaliTiada lagi orang lain yang akan memasukinya.
Sebagai umat Islam sudah pasti kita menyambut Ramadhan dengan hati yang gembira. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Namun, apa yang sering berlaku adalah kita kurang berat badan pada seminggu pertama sahaja dan kemudian tidak ada apa-apa perubahan bahkan ada yang BERTAMBAH. Diburukkan lagi, berat kita terus bertambah ketika Hari Raya . Kenapa ini terjadi dan bagaimana untuk mengelakkannya? Teruskan membaca.

Metabolism Badan
Pada hari-hari awal Ramadhan metabolism badan kita masih di tahap normal. Puasa ketika ini menyebabkan kita hilang  banyak lemak dari badan. Tambahan pula, badan kehilangan banyak air  yang menurunkan lagi berat kita.
Namun begitu, puasa menyebabkan badan kita memperlahankan metabolismnya untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Hasilnya, badan kita membakar lebih sedikit kalori daripada biasa.

Gemuk Ketika Berbuka
Kalori yang berlebihan di dalam badan yang tidak digunakan akan segera ditukarkan ke dalam bentuk simpanannya iaitu LEMAK.
Keadaan ini diburukkan lagi  jika kita makan terlalu banyak  pada waktu metabolism badan kita sangat rendah iaitu sewaktu berbuka selepas berpuasa seharian.
Oleh kerana badan hanya mampu membakar sedikit kalori sewaktu berbuka ini, majoriti daripada kalori yang kita makan tadi akan disimpan dalam bentuk lemak!

KURUS DI BULAN RAMADHAN
Bagi mengelakkan penyimpanan lemak ini, kita perlu MENGURANGKAN KUANTITI SATU HIDANGAN kita tetapi MENAMBAH BILANGAN HIDANGAN KITA.
Maksudnya, kita perlu makan sedikit-sedikit tetapi beberapa kali. Persoalannya sekarang berapa kali? Jawapannya, sekurang-kurangnya 3 kali dan jika mampu lebih dari itu.
Konsepnya, LEBIH SEDIKIT KITA MAKAN SETIAP KALI dan LEBIH BANYAK KALI KITA MAKAN, lebih SEDIKIT LEMAK YANG AKAN TERKUMPUL.

Cadangan Pemakanan
Berbukalah mengikut sunnah dengan kurma atau manisan dan susu untuk mengurangkan kelaparan dan mengelakkan “binging” atau makan terlalu banyak.
Cadangan 1:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Selepas Solat Tarawikh
Hidangan Ketiga: Sahur (Penting)
Cadangan 2:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Sekitar 2 jam selepas berbuka
Hidangan Ketiga: Sekitar 4 jam selepas berbuka
Hidangan Keempat: Sahur (Penting)

Makanan
Pastikan setiap meal mempunyai protein, banyakkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat. Untuk memudahkan kita boleh anggarkan jumlah SETIAP HIDANGAN seperti berikut:-
Protein            : Ukuran sebesar tapak tangan (Ayam, Ikan)
Sayur-sayuran: Sebanyak 2 genggam tangan
Karbohidrat    : Sebanyak 1 genggam tangan (Nasi)
Pastikan juga anda makan buah-buahan selepas makan untuk memenuhkan perut dan minum air dengan banyak sepanjang malam

Senaman
70% kejayaan anda bergantung kepada pemakanan dan hanya 30% SAHAJA daripada senaman. Sepanjang bulan Ramadhan ini anda boleh kurangkan aktiviti senaman dari segi kuantiti juga intensiti dan lebih fokus kepada pemakanan.
Namun, cuba untuk lakukan senaman 3-4 kali seminggu. Antara masa yang dicadangkan adalah awal pagi, sebelum berbuka ataupun malam selepas terawikh.
Antara senaman yang cepat membakar lemak adalah senaman cardio seperti jogging dan berbasikal atau senaman bebanan terutamanya untuk otot-otot besar.

Senaman Cardio
Lari atau berbasikal sekurang-kurangnya 20 minit.
Lebih baik jika mampu buat Interval Training iaitu:
- 1 minit: Warm up dengan berjalan atau berlari anak
-5 minit: Jogging pada kelajuan selesa
-3 minit: Tingkatkan kelajuan atau kecuraman
- 1 minit: Jogging kembali pada kelajuan selesa
-1 minit: Warm down dengan berjalan atau berlari anak

Senaman Bebanan
Jika anda tidak sempat ke gym, anda boleh buat senaman bebanan badan sahaja seperti squats (kaki), pumping (dada), dips (tricep) dan bicep curl (bicep). Buat sebanyak 20 kali (repetitions) dan ulang sebanyak 3 kali (sets).  Jangan rehat terlalu lama di antara sets, maximum 1 minit sahaja.

Aidilfitri
Di kesempatan ini juga, ingin saya mengingatkan semua dan diri saya sendiri bahawa selepas sebulan berpuasa, metabolism kita masih perlahan ketika Aidilfitri. Oleh itu, makan terlalu banyak ketika ini sangatlah menggemukkan.
Cuba sedaya upaya untuk makan sedikit-sedikit 5-6 kali dan pilihlah makanan yang sesihat mungkin.
Kemudian, pastikan anda mula bersenam kembali secepat yang mungkin!

Senaman

Akhirnya, tibalah masanya untuk kita melengkapkan 30% lagi ilmu asas untuk kurus iaitu tentang senaman. Memang benar anda boleh kurus dengan hanya diet sihat, tetapi senaman boleh mempercepatkan proses anda untuk kurus sehingga berganda-ganda dan lebih penting menyihatkan tubuh badan ada secara keseluruhan.
Terdapat dua jenis senaman utama yang penting iaitu senaman jantung ataupun cardio dan senaman membina otot.
Senaman Jantung (Cardio)
 Senaman jantung ataupun cardio adalah senaman yang akan menyebabkan kadar degupan jantung kita meningkat. Ada pelbagai jenis senaman yang boleh dikategorikan di bawah senaman jantung ini seperti berlari atau jogging, berbasikal dan berenang. Permainan sukan yang memerlukan kepantasan seperti bola sepak ataupun futsal, badminton dan bola keranjang juga merupakan senaman jantung.
Senaman jantung amat penting kerana ianya akan menguatkan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan dan meningkatkan stamina anda. Ianya juga mampu membantu melancarkan perjalanan darah dan mencegah salur darah anda daripada tersumbat yang sekaligus mencegah penyakit seperti tekanan darah tinggi.
Anda dicadangkan untuk melakukan senaman jantung ini sekurang-kurangnya 20 minit, dua hingga tiga kali seminggu. Sentiasa mempelbagaikan jenis senaman kardio anda untuk elakkan badan terbiasa dan menjadikan pembakaran lemak kurang effisen.
Senaman Membina Otot
Senaman membina otot dengan cara mengangkat bebanan merupakan salah satu cara yang paling cepat dan berkesan untuk membakar lemak. Hal ini adalah kerana selain ianya memerlukan banyak kalori untuk mengangkat bebanan, ianya juga akan menyebabkan hypertrophy pada muscle atau dalam kata lain pembesaran otot. Pembesaran otot ini akan meningkatkan kadar metabolisme badan yang akan membantu badan kita membakar lebih banyak lemak setiap hari. Oleh itu, jika anda mempunyai otot yang besar, anda sebenarnya membakar lebih banyak kalori walaupun ketika tidur berbanding dengan mereka yang mempunyai otot yang kecil.
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, sebaiknya lakukan senaman keseluruhan badan atau total body workout, terutamanya untuk otot-otot yang besar seperti dada, belakang, tangan dan kaki.  Paling penting adalah untuk konsisten dan mempunyai rutin yang mampu diiukuti.
Anda tidak semestinya perlu ke gym untuk melakukan senaman bebanan tetapi juga anda boleh membina otot di rumah menggunakan bebanan berat badan anda sahaja. Anda dicadangkan untuk melakukan senaman membina otot 45 minit hingga 2 jam, dua hingga tiga kali seminggu.
Kecederaan
Kecederaan adalah satu perkara yang sering berlaku ketika melakukan senaman. Antara rutin yang paling penting perlu dilakukan adalah untuk melakukan regangan atau stretching sebelum memulakan apa-apa aktiviti. Selain itu, jika anda baru bermula untuk bersenam selepas satu tempoh yang lama, elakkan daripada melakukan aktiviti yang terlalu membebankan. Mulakan dengan senaman-senaman ringan dan untuk tempoh yang singkat, contohnya seperti jogging perlahan untuk 20 minit sahaja. Tingkat kelajuan dan durasi ini sedikit demi sedikit. Semakin lama anda bersenam, semakin kuat dan bersedia badan anda untuk menghadapi aktiviti yang lebih mencabar. Keutamaan di sini adalah untuk anda bermula dan mengelak daripada kecederaan yang akan mengganggu proses transformasi badan anda. Kepada anda yang melakukan angkat berat di gym, mulakan dengan berat yang ringan. Petua yang mudah adalah pastikan anda boleh mengangkat 20 reps ataupun 20 ulangan untuk 3 set.
Jika anda tercedera akibat senaman, rehat dahulu satu atau dua hari. Letakkan ais ataupun ubat-ubat tertentu untuk merawatinya. Sayangilah badan anda kerana memaksa badan anda untuk bersenam dalam keadaan tercedera adalah bahaya. Namun jika kecederaan anda itu berpanjangan, jangan jadikanya alasan untuk tidak bersenam. Cari senaman yang tidak menggunakan anggota tersebut terlalu banyak. Contohnya jika anda sakit lutut. Elakkan daripada jogging tetapi anda boleh ganti dengan elliptical, rowing, berenang ataupun berbasikal. Anda juga boleh menukar rutin anda seperti elakkan daripada membuat senaman otot tangan kepada senaman otot kaki jika ada kecederaan. Apa yang penting adalah anda harus teruskan bergerak!

Diet

70% daripada kejayaan untuk kurus dan lebih penting untuk kekal kurus adalah bergantung kepada diet atau pemakanan yang betul. Namun begitu, ramai yang mula untuk kuruskan badan sering tersilap memahami konsep diet yang betul untuk kurus ini. Kebanyakan orang akan berlapar untuk satu tempoh masa dengan tujuan untuk mengurangkan kalori yang masuk dengan harapan akan kurus. Walaupun pada awalnya strategi diet berlapar ini kelihatan paling berkesan, namun, setelah beberapa ketika proses penurunan berat badan ini akan berhenti, malah dalam kebanyakan kes, berat badan mereka akan bertambah dengan dahsyatnya selepas itu. Hal ini berlaku kerana apabila kita tidak makan, badan kita akan bertindak balas secara semulajadi untuk menghadapi keadaan tiada makanan ini dengan menurunkan kadar metabolik asas badan. Kesannya, walaupun kalori yang kita ambil sangat sedikit, pembakaran atau kegunaan tenaga kalori juga semakin lama semakin sedikit yang menyebabkan berat badan kita gagal untuk turun lagi setelah beberapa ketika. Perkara ini diburukkan lagi kerana diet yang berasaskan lapar ini tidak boleh bertahan lama kerana amat menyiksakan, akhirnya, kita akan membuat keputusan untuk berhenti yang kemudiannya mengakibatkan berat badan naik mendadak kerana kadar metabolisma badan masih lagi rendah. Oleh itu, jelas bahawa diet berlapar ini adalah cara yang salah bahkan membahayakan kesihatan kerana badan akan kekurang nutrisi yang penting untuk fungsi badan.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah diet atau pemakanan yang betul untuk kurus? Sebelum itu, tahukah anda bahawa anda boleh kurus dengan hanya mengamalkan diet yang betul tanpa perlu bersenam?
Ada 3 aspek penting yang perlu kita ingati tentang diet sihat untuk kurus iaitu makanan yang seimbang, tabiat pemakanan yang betul dan akhir sekali adalah gemuk kerana minuman.
Makanan Seimbang
Kita makan untuk membekalkan tenaga dan nutrisi yang membolehkan badan kita berfungsi secara optimal. Seperti yang telah diterangkan di atas, kita perlu makan dan diet berlapar adalah bukan pilihan yang bijak. Sebaik-baik makanan adalah makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi semua nutrisi utama seperti protein, karbohidrat, lemak, fiber dan vitamin.
Protein
Protein adalah nutrisi penting untuk manusia. Sumber protein yang penting adalah seperti ayam, daging, ikan, telur dan susu. Protein bukan sahaja penting untuk membina otot, tetapi juga penting untuk organ-organ lain di dalam badan.
Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan. Sumber karbohidrat adalah seperti nasi dan oat. Jika diambil dalam kuantiti yang betul, karbohidrat adalah sangat penting untuk menjana metabolism badan untuk pembakaran lemak dan membekalkan tenaga untuk kita hidup aktif.
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting untuk diet kurus kerana kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan fiber yang tinggi yang dapat membantu perut berasa tidak lapar tanpa menambah banyak kalori. Selain fiber, sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai jenis vitamin yang sangat penting untuk kesihatan badan.
Lemak
Walaupun secara logiknya untuk kurus kita tidak mahu menambah lebih banyak lemak ke dalam badan, namun, lemak dalam kuantiti yang sedikit terutamanya lemak yang sihat seperti dari sumber minyak zaitun dan kekacang dapat membantu proses kita untuk kurus. Tambahan pula, lemak diperlukan oleh badan untuk membina hormon-hormon tertentu.

Tabiat Pemakanan Betul
Sekarang kita telah memahami beberapa perkara asas tentang diet kurus iaitu:-
1. Kita perlu makan kalori lebih sedikit daripada kalori yang kita bakar setiap hari tetapi perlu lebih daripada kadar metabolik asas badan kita untuk memastikan fungsi badan tidak terjejas.
2. Kita perlu mengelakkan kenaikan insulin yang keterlaluan dalam darah kita kerana ini akan menyebabkan kita berasa cepat lapar dan mengalakkan penyimpanan lemak.
3. Kita perlu makan makanan yang seimbang yang mengandungi sumber protein, karbohidrat, lemak, fiber dan vitamin yang secukupnya untuk keperluan nutrisi badan.
Oleh itu, kita perlulah mengubah tabiat makan kita setiap hari yang bersesuaian dengan perkara-perkara asas di atas agar impian kita untuk kurus akan tercapai. Hanya dua tabiat sangat mudah yang kita perlu lakukan iaitu kurangkan kuantiti makanan dalam setiap hidangan dan makan lebih kerap sehingga lima atau enam kali sehari.
Kurangkan Kuantiti Makanan Dalam Setiap Hidangan
Mungkin anda selama ini makan satu atau sehingga dua atau tiga pinggan nasi beserta satu atau dua ketul lauk dan sedikit sayur untuk setiap hidangan. Tabiat pemakanan yang begini adalah salah kerana akan menyebabkan gula dalam darah meningkat mendadak dan begitu juga dengan insulin. Tambahan pula jika anda makan dua atau tiga kali seperti ini dalam sehari, sudah pasti kalori yang anda ambil jauh lebih tinggi daripada yang sepatutnya.
Tabiat pemakanan yang betul untuk kurus adalah untuk kita makan sedikit sahaja dalam satu hidangan iaitu 1/3 cawan nasi, 1-2 ketul lauk, 2/3 cawan sayur dan buah sebelum atau selepas makan untuk setiap hidangan. Untuk memudahkan, anda juga boleh menggunakan petua anggaran ini iaitu nasi bersaiz lebih kurang 1 genggam, lauk yang bersaiz 1 tapak tangan dan sayur sebanyak 2 saiz gengaman.
Namun begitu, untuk anda yang baru ingin memulakan transformasi kuruskan badan ini, dicadangkan anda bermula dengan perubahan yang kecil dahulu iaitu dengan hanya separuhkan kuantiti daripada apa yang anda selalu makan sebelum ini. Kemudian, setelah beberapa lama anda kurangkan lagi sedikit demi sedikit sehingga anda mampu mencapai cadangan satu hidangan di atas. Lakukan perlahan-lahan dan jangan sesekali letakkan diri anda dalam keadaan lapar dan tertekan kerana diet. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda konsisten dan berkekalan dengan pemakanan sihat.
Sudah tentu makanan yang dimasak tanpa minyak seperti rebus dan bakar dan sumber protein rendah lemak seperti dada ayam dan makan beras perang boleh mempercepatkan proses anda untuk kurus, tetapi, sebagai permulaan makan sahaja apa yang anda sering makan dalam kuantiti yang sedikit seperti dicadangkan kemudian, secara perlahan-lahan tambahkan makanan-makanan sihat ini ke dalam diet anda.
Makan 5-6 Kali Sehari
Anda ketika ini mungkin merasakan bagaimana makan 1 genggam nasi sahaja adalah bukan diet berlapar yang tidak digalakkan. Jawapannya adalah kerana anda masih lagi belum diberitahu tentang tabiat pemakanan sihat untuk kurus yang kedua iaitu anda PERLU MAKAN KERAP iaitu sehingga lima hingga enam kali sehari. Hanya dengan tabiat makan kerap ini sahajalah yang memungkinkan anda makan dalam kuantiti yang sedikit seperti yang disarankan di atas kerana anda makan sebelum anda berasa lapar. Caranya begitu mudah, makan sarapan pagi secepat mungkin setelah anda bangun. Sebaiknya makan dalam masa 30 minit pertama selepas anda bangun. Jangan sesekali meninggalkan sarapan anda kerana ini adalah hidangan yang terpenting. Ianya akan menjana tenaga untuk badan anda dan memastikan kadar metabolisma badan anda pada hari tersebut adalah pada tahap terbaik. Kemudian, makan baki hidangan anda pada hari tersebut selang tiga atau empat jam sekali. Jika anda tidak lapar tiga atau empat jam setelah makan, bermaksud kuantiti makanan anda salah, maka anda perlu kurangkannya.
Gemuk kerana Minuman
 Satu lagi perkara yang perlu diberi penekanan tentang diet sihat adalah kandungan gula atau kalori yang mengemukkan daripada minuman. Kebanyakan orang yang diet selalunya hanya menumpukan perhatian mereka kepada apa yang mereka makan dan terlupa bahawa apa yang mereka minum sebenarnya yang telah mensabotaj usaha mereka selama ini. Minuman seperti kopi kita setiap pagi, teh susu, teh o, sirap dan apatah lagi minum berkarbonat mengandungi kalori yang sangat tinggi. Bukan itu sahaja minuman yang diiklankan untuk kesihatan atau gaya hidup aktif seperti milo, minuman bertenaga yang kita minum selepas bersenam dan jus buah-buahan juga sebenarnya merosakkan program diet anda. Masalah ini diburukkan lagi jika anda meminum minuman bergula tinggi ini untuk menghilangkan haus. Oleh itu, pastikan anda minum air kosong sahaja untuk menghilangkan rasa dahaga anda dan hanya meminum minuman manis ini sekali-sekala sahaja untuk menyedapkan tekak. Anda juga boleh melatih diri anda untuk menikmati minuman seperti teh o, kopi atau Nescafe tanpa gula. Walaupun pada mulanya agak sukar, percayalah setelah lebih kurang sebulan anda akan terbiasa dengan rasa tanpa gula ini. Alternatif yang lain adalah dengan menggantikan gula dalam minuman anda dengan pemanis Stevia yang mempunyai hampir kosong kalori.
Lengkapkan ilmu cara untuk kurus anda dengan membaca tentang senaman:-

Insulin

Sebelum kita membicarakan tentang asas pemakanan kurus, lebih baik kita memahami dahulu satu perkara pokok yang amat penting berkenaan pemakanan iaitu tentang Insulin. Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh organ pancreas ke dalam darah untuk mengurangkan kandungan gula. Oleh itu, hormon insulin ini berada paling tinggi di dalam badan selepas kita makan. Lebih banyak kita makan, lebih tinggilah kandungan hormon ini dalam darah kita. Walaupun hormon Insulin ini sangat diperlukan untuk mengawal kandungan gula dalam darah, insulin adalah musuh utama jika kita ingin mengurangkan berat badan kerana dua sebab utama iaitu:-
Insulin akan menyebabkan kita berasa lapar dengan lebih cepat
Apabila anda makan terlalu banyak, kandungan gula dalam darah anda meningkat. Badan kemudiannya akan bertindak balas dengan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak juga untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah kembali. Oleh kerana hormon insulin berada di dalam darah untuk tempoh yang agak panjang, walaupun apabila gula sudah pun diturunkan pada tahap normal, kandungan insulin dalam darah masih tinggi. Keadaan ini mengakibatkan gula dalam darah akan turun lebih rendah pula daripada tahap normal. Pada ketika ini, kita akan berasa sangat lapar walaupun kita baru sahaja selepas makan. Setelah beberapa minit, rasa lapar ini akan hilang dengan sendirinya kerana badan kita bertindak balas secara automatik untuk menaikkan gula dalam darah menggunakan gula simpanan di dalam badan, proses ini dinamakan glukoneogenesis. Namun begitu, kebanyakan orang yang mempunyai masalah berat badan gagal menunggu proses glukoneogenesis atau penghasilan gula dari sumber simpanan di dalam badan ini berlaku dengan terus makan apabila berasa lapar walaupun baru sahaja selepas makan. Awas, masalah ini sering juga berlaku selepas kita minum minuman yang manis.
Secara ringkas:-
"Makan banyak --> Gula darah tinggi --> Insulin darah tinggi --> Gula darah turun --> Insulin masih tinggi --> Rasa lapar"

Insulin meningkatkan penyimpanan lemak dalam badan
Cara hormon Insulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan adalah dengan menukarkan gula (glucose) kepada glycogen. Namun begitu, kapasiti penyimpanan glykogen dalam badan adalah terhad. Insulin kemudiannya menukarkan baki gula yang berlebihan dalam darah kepada lemak sebagai alternatif. Oleh itu, selain menyebabkan kita berasa lapar dengan cepat, insulin juga akan menggalakkan badan kita untuk menyimpan gula berlebihan dalam bentuk lemak. Ini adalah punca utama kegemukan!

Baca seterusnya, Diet untuk mengetahui cara makan dengan betul bagi mengawal kenaikan hormon Insulin.

Tips Kurus Pitaukur

Setelah kita kupas tentang kalori dan cara ia digunakan di dalam badan, boleh disimpulkan bahawa tips kurus yang paling berkesan, mudah difahami dan boleh dilakukan oleh semua orang  adalah untuk memastikan kalori yang masuk ke dalam badan adalah KURANG daripada kalori yang digunakan ATAUPUN  kalori yang kita gunakan setiap hari adalah LEBIH daripada kalori yang masuk ke dalam badan.
Mungkin ramai yang membaca ini sudah tahu tips kurus ini dan sedang menyesal membacanya. Tunggu dulu! Tips kurus ini memang mudah difahami, tetapi ianya tidak semudah yang dijangka. Jika anda rasa bahawa untuk kurangkan kalori masuk anda hanya perlu berlapar 1-2 bulan manakala untuk meningkatkan kalori yang keluar anda hanya perlu  jogging berjam-jam setiap hari, ANDA SALAH! Hal ini kerana masih banyak lagi faktor yang perlu difahami  tentang badan kita berkenaan dengan pemakanan dan bagaimana kalori ini digunakan.
Tips kurus pertama yang perlu kita tahu adalah kita harus mengingat kembali bagaimanakah badan kita menggunakan majoriti daripada kalori atau tenaga yang masuk ke dalam badan kita. Ya, tepat sekali 60% - 75% kalori badan digunakan untuk menjana metabolik asas badan. Oleh itu, amat penting bagi kita dalam mengurangkan berat badan dengan pantas dan berkesan untuk meningkatkan kadar metabolik asas badan kita ini. Peningkatan kadar metabolik asas badan ini boleh dicapai melalui pemakanan dan senaman yang betul. Sudah pasti bagi memastikan kejayaan proses untuk kuruskan badan ini, kita harus mengoptimumkan dua lagi kegunaan kalori dalam badan iaitu aktiviti sebanyak 20% - 35% melalui aktiviti senaman yang betul dan pencernaan yang menggunakan 10% -15% kalori dengan memakan makanan yang tepat.
Tips kurus kedua untuk mendapatkan keputusan dengan cepat dan berkekalan adalah untuk kita memahami bagaimana badan bertindak balas terhadap makanan yang kita makan setiap hari dan kemudiannya memanfaatkannya dengan mengamalkan tabiat pemakanan baru yang betul bagi membantu kita mengurangkan berat badan dengan sihat.
Sebenarnya, tips kurus disebalik tips ini adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana apa yang penting bukan kelihatan kurus sementara kemudian berat kembali naik mendadak tetapi visi kita adalah untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan sihat sepanjang hayat kita.. Dua komponen yang paling penting untuk kurus adalah pemakanan dan senaman. Oleh itu, untuk mendapatkan berat badan yang ideal serta seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan, anda perlu mengubah jadual dan tabiat pemakanan serta membina rutin senaman anda.
Baca seterusnya, Insulin:

Kalori

Ilmu pertama yang wajib anda fahami untuk kurus adalah tentang Kalori. Kalori (kcal) adalah unit untuk tenaga. Badan kita perlu mendapatkan tenaga daripada makanan dan MINUMAN untuk berfungsi. Ya, termasuk minuman! Masalahnya, kebanyakan daripada kita menelan lebih banyak kalori daripada yang kita perlukan setiap hari. Istimewanya tentang badan kita adalah ia tidak akan membazirkan atau membuang sebarang kalori yang kita ambil. Akibatnya, lebihan kalori ini disimpan di dalam badan dalam bentuk LEMAK. Apabila proses ini berulang setiap hari dan setiap kali kita makan, badan kita menyimpan terlalu banyak lemak yang menyebabkan kegemukan atau obesiti.   Menurut American Council of Exercise (ACE), peratusan lemak 25% ke atas untuk lelaki dan 32% ke atas untuk wanita adalah dikategorikan sebagai obes.  Anda sekarang mungkin tertanya-tanya, berapa banyak kalori yang kita perlukan setiap hari?

Keperluan kalori badan
Kegunaan tenaga oleh badan kita boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :-
1. Kadar Metabolik Asas atau Basal Metabolic Rate, BMR (60% - 75%)
Kadar metabolik asas adalah tenaga yang diperlukan badan dalam keadaan rehat. Tenaga ini adalah untuk menampung fungsi organ penting seperti otak, jantung, hati, ginjal, otot dan lain-lain yang penting untuk nyawa. Anda boleh menggunakan persamaan Harris-Benedict di bawah untuk MENGANGGAR kadar metabolik asas anda:-
BMR lelaki (kcal) = 66 + (13.8 x berat dlm kg.) + (5 x tinggi dlm cm) - (6.8 x umur)
BMR wanita (kcal): BMR = 655 + (9.6 x berat dlm kg.) + (1.8 x tinggi dlm cm) - (4.7 x umur)
2. Pencernaan (10% - 15%)
Makanan yang  anda makan perlulah diproses di dalam perut sebelum boleh diserap ke dalam darah untuk digunakan. Proses ini dinamakan sebagai pencernaan.
3. Aktiviti (20% - 35%)
Aktiviti merupakan segala pergerakan yang anda lakukan sepanjang hari termasuklah berjalan, berlari, menaiki tangga, senaman, bercucuk tanam, mengemas rumah dan sebagainya.

Baca seterusnya, Rahsia Kurus untuk mengetahui bagaimana anda boleh memanupulasi maklumat ini untuk kurus dengan cepat dan berkesan.

Cara Kuruskan Badan

Tahniah diucapkan kerana anda telah pun membuat keputusan untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih sihat dan kurus. Kami di Pitaukur amat berbangga kerana boleh bersama-sama dengan anda menjalani proses transformasi badan anda dan berkongsi sedikit ilmu tentang cara kuruskan badan ini.
Sebagai permulaan, suka kami ingatkan bahawa perjalanan untuk kurus ini merupakan satu perjalanan panjang yang berterusan. Jika anda ingin kurus secara ekspres, mencari jalan pendek tanpa perlu berusaha atau mencari ubat kurus yang magis, laman Pitaukur ini tidak sesuai untuk anda. Cara kuruskan badan yang kami hayati dan amalkan adalah dengan mengubah kehidupan secara keseluruhan agar hasilnya berkekalan dan anda boleh menghapuskan masalah kegemukan sampai bila-bila.
Mungkin anda tertanya-tanya berapa banyak berat badan yang boleh dikurangkan. Mengikut pengalaman yang kami alami sendiri, anda boleh turunkan maksimum 0.5 kg hingga 1 kg secara sihat setiap minggu. Oleh itu, bergantung kepada sasaran anda, sebagai contoh, jika anda mahu turunkan 10 kg, anda perlukan sekurang-kurangnya 10 minggu untuk melakukannya.
Sekarang anda sudah ada sedikit gambaran tentang proses ini. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk menimbang berat anda sekarang supaya anda mengetahui di mana anda bermula. Selain itu, kami juga amat mencadangkan anda mengambil ukuran-ukuran lain seperti peratusan lemak dan ukuran badan anda.
Langkah penting yang kedua adalah untuk menetapkan sasaran anda iaitu anda ingin turunkan berapa kilogram dalam masa berapa minggu.
Setelah anda selesai kedua-dua langkah menimbang dan menetapkan sasaran, tibalah masanya anda untuk mengisi ilmu pengetahuan tentang cara kuruskan badan dengan sihat dan yang paling penting berkesan.

Tindakan:-
1. Menimbang berat anda
2. Menetapkan sasaran anda 
3. Mengisi ilmu pengetahuan


Makanan sihat: Easy & Healthy Low-Fat Ice-cream *suitable for vegan*

Assalamualaikum semua, 

Hanya dengan menggunakan 4 bahan anda kini boleh menikmati makanan sihat aiskrim coklat yang enak tanpa menghancurkan program diet anda. 

Bahan-bahan: 

1) 2 biji pisang masak- dipotong kecil dan dibekukan.
2) 1 sudu besar serbuk koko
3) 1 sudu besar peanut butter (crunchy)
4) 1 sudu besar dark chocolate 70% dihiris halus.

Cara-cara:


1) Blend pisang yang telah disejuk bekukan sehingga creamy.
2) Campurkan serbuk koko dan peanut butter dan blend sehingga sebati.
3) Tuang ke dalam bekas dan gaulkan dengan hirisan coklat.

P/s: Jangan makan sorang ye sharing is caring ;) 




Protein vs Whey Protein Tips Kurus Pemakanan Sihat

Tips kurus pemakan sihat hari ini adalah untuk makan protein secukupnya. Protein seperti daripada ayam, ikan dan telur  adalah nutrisi penting. Untuk anda yang sedang membina otot, sudah tentu anda memerlukan lebih banyak protein. Hal ini boleh diibaratkan seperti ingin membina rumah yang lebih besar, sudah tentu memerlukan batu-bata yang lebih banyak.

Pakar-pakar bina badan mencadangkan 1-2 gram protein sehari untuk setiap kilogram berat badan bersamaan dengan 10-20 gram protein 5-6 kali sehari. Seketul ayam dada mempunyai lebih kurang 20 gram protein namun sebijik telur  hanya mengandungi 6 gram protein sahaja. 

Menyediakan 5-6 kali hidangan sehari adalah suatu perkara yang sukar, oleh itu, cara yang paling mudah dan cepat adalah untuk meminum whey protein yang mengandungi lebih kurang 20 gram protein dalam setiap bancuhan dan kebanyakan adunan whey protein ini mempunyai kandungan lemak serta gula yang sangat rendah.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang whey protein boleh berkunjung ke page Info Diet iaitu whey protein yang telah mendapat Sijil Halal JAKIM. 

Like dan Share Page Pitaukur untuk lebih banyak tips tentang menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. 


Tip Kurus Aidil-FIT-ri dan pemakan sihat

Selamat menyambut Hari Raya AidilFITri Maaf Zahir dan Batin.


Amalkan tips kurus pemakanan sihat mudah di bawah sepanjang musim perayaan ini:-
- Jangan minum air manis ketika haus
- Jangan makan kuih raya ketika lapar

- Pilih makanan yang sesihat mungkin yang ada
- Jaga kuantiti makanan setiap kali makanan


Like Pitaukur


Salam Aidilfitri dari Pitaukur


Di kesempatan ini kami di Pitaukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung Pitaukur. 

Hadiah Aidilfitri Pitaukur

Assalamualaikum. Kepada anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, boleh download Jadual Ukuran Pitaukur yang memudahkan anda memantau progress anda.

Download terus melalui ruangan file dalam Group Pitaukur VIP:
https://www.facebook.com/groups/244776289055263/

Sila download dan print. Share kepada keluarga dan rakan-rakan anda dialu-alukan.
Semoga berjaya!

Semoga perkenalan kita di Bulan Ramadhan ini membantu anda untuk membuang lemak-lemak di dalam badan anda. In sha Allah kita akan terus berusaha sampai bila-bila untuk hidup sihat dan kurus.
Di kesempatan ini saya juga ingin berpesan supaya kita semua menuruskan baki Ramadhan ini dengan meningkatkan amal dan terus berdoa untuk umat Islam yang ditindas di seluruh dunia.
Terima kasih.



Tips Kurus dan Kekal Kurus

Sebenarnya untuk mendapatkan badan yang diidam-idamkan adalah tidak sukar dan tidak mahal. Kita hanya perlu membuat beberapa perubahan dalam kehidupan sehari-harian kita. Antaranya:-

- Makan lebih kerap dan elak daripada lapar
- Latih diri untuk minum minuman tanpa gula
- Lakukan senaman pada kadar degupan jantung yang betul
- Jangan beli makanan tidak sihat ketika shopping
- Boikot kedai makanan segera sambil membantu Palestine

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak tips kurus. Jemput untuk ke page Pitaukur. Pitaukur adalah page untuk berkongsi panduan menguruskan badan dengan sihat dan mengekalkannya sepanjang hayat anda.

Like dan Share:
https://www.facebook.com/pitaukur



E-book PERCUMA Pitaukur : Gagal Turunkan Berat di Bulan Ramadhan?

Gagal Turunkan Berat di Bulan Ramadhan?

Jika anda tertanya-tanya kenapa tak kurus-kurus sedangkan sudah berpuasa seharian, anda boleh membaca E-book perkongsian PERCUMA "Turunkan berat badan di Bulan Ramadhan"

Anda boleh download terus pada ruangan Files di group Pitaukur VIP. Tawaran adalah TIDAK TERHAD tetapi masa anda untuk kurus sebelum Aidilfitri adalah terhad.

Klik link di bawah:-
https://www.facebook.com/groups/244776289055263/

Selamat beribadat di bulan Ramadhan ini dan semoga berjaya!






Pitaukur: Kanak-kanak Obese dan Palestine

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak adalah berpunca daripada ibu bapa yang sering membawa anak-anak mereka makan makanan yang tidak sihat terutamanya makanan segera seperti Mek Do No.

10 daripada 40 kanak-kanak mempunyai masalah kegemukan.

#GazaUnderAttack

Berilah anak anda makanan dan minuman yang berkhasiat di samping membantu menghancurkan Zionis. Hulurkan bantuan anda kepada rakyat Palestine melalui Aqsa Syarif.


Pitaukur

Pitaukur: Boikot israel LAKNATULLAH

#GazaUnderAttack BOIKOT mcdonald!

1 Big Mac (258 g) mempunyai 704 kcal bersamaan dengan kalori yang dibakar 1 JAM jogging.

43.7 g adalah LEMAK, penyebab utama obesity.
142 g CHOLESTEROL, penyebab utama serangan jantung.
1148 mg GARAM, penyebab utama darah tinggi.

Selamatkan Palestine, diri anda dan anak-anak anda.


Pitaukur


Pitaukur: BAHAYA Cadbury Chocolate

1 bar Cadbury Chocolate (28 g) mempunyai 148 KCAL bersamaan dengan 30 MINIT BERMAIN BADMINTON.

7.7 g daripadanya adalah lemak yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Satu lagi sebab kenapa kita TIDAK PERLU MAKAN mana-mana produk coklat.

Pitaukur



Mahu kuruskan badan TANPA perlu berlapar, TANPA produk yang mahal, TANPA perlu berpeluh dan TANPA membazirkan masa di gym?

Ramai yang beranggapan langkah pertama untuk kurus adalah fikirkan apa yang perlu kita beli. Antara yang paling popular adalah produk tertentu atau keahlian gym. Lebih menyedihkan adalah mereka berkata, “nanti dah dapat gaji aku belilah produk tersebut, waktu tu barulah mula diet”. Adakah anda ingin tunggu lagi untuk menjaga badan anda? Bukan badan orang lain.

Sekarang anda boleh bertindak serta-merta iaitu sesegera selepas membaca nota ini kerana saya akan berkongsi 6 langkah SANGAT mudah untuk kurus:-
1. Pastikan anda sarapan.
2. Makan 6 kali sehari
3. Makan separuh dari yang anda selalu makan
4. Makanan terakhir paling lewat jam 8.30 malam
5. Minum air yang banyak setiap hari
6. Tidur awal

Perkara yang penting di sini adalah untuk mengubah cara hidup anda. Proses ini adalah perlahan tetapi berkekalan. Namun, ini adalah lebih baik daripada kurus 2-3 bulan sahaja selepas itu berputus asa dan kembali gemuk.

Sekarang, anda sudah faham rahsia untuk kurus. Mungkin anda rasa kurang logik untuk makan 6 kali sehari kerana kesibukan urusan seharian, di sinilah produk-produk makanan gantian memainkan peranannya yang orang selalu tersilap sebagai ubat kurus ajaib. Dan satu-satunya produk yang saya dan keluarga percayai dan amalkan untuk bertahun-tahun lamanya adalah Herbalife.

Oleh itu, khas untuk kawan-kawan Facebook saya, saya ingin menawarkan harga pengenalan paling istimewa untuk membeli DUA(2) Start Now Pack Herbalife beserta PENGHANTARAN PERCUMA.

Setiap Start Now Pack ini temasuk:-
1. Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink (French Vanilla, Dutch Chocolate, Strawbery, Tropical Fruit, Cappucino)
2. Tea Mix 100g (Lemon Hibuscus/Peach)
3. Blended Soy and Whey Protein Powder

Jika ingin rebut harga paling istimewa ini , sila MESEJ saya SEKARANG.


Tips kurus pemakanan sihat: Khasiat Cuka Epal (Apple Vinegar)


Cuka terhasil melalui proses fermentasi menggunakan bakteria dan yeast di mana gula ditukarkan kepada alkohol dan kemudiannya cuka.

Berdasarkan beberapa kajian cuka mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya:-
  • Diabetes. Cuka boleh mengurangkan tahap glukosa di dalam darah.
  • Kolesterol Tinggi.  Cuka juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. 
  • Tekanan Darah Tinggi. Boleh mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Kurang Berat Badan.

Risiko
  • Cuka Epal adalah berasid. Kandungan utama cuka adalah acid asetik. Oleh itu, ianya agak tajam. Anda dinasihatkan untuk melarutkan cuka epal ini dengan air untuk meminumnya bagi mengelakkan kerosakan pada dinding salur pemakanan anda.

Cadangan pemakanan
  • 1-2 sudu meja setiap hari
Tips kurus pemakanan sihat kali ini adalah tambahkan cuka epal dalam diet anda.

Pitaukur: Puasa tak lapar?

Assalamualaikum,


          Selamat berpuasa kepada semua bloggers yang sudi singgah ke sini. Harap anda semua dapat puasa dengan sihat dan beriman.
          In sha Allah semua yang puasa kerana mengikut tuntutan agama. Semoga kita semua tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja tetapi mendapat segala kerahmatan dan keberkatan bulan Ramadhan ini.
          Adakah puasa yang tidak lapar itu hebat? Jawapannya yang saya petik daripada Ustaz Azhar Idrus adalah TIDAK. Kita disuruh berpuasa supaya kita lapar dan dapat merasaikan sebahagian kecil kebuluran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang susah dan mengakhiri madrasah ramadhan ini dengan perasaan syukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan ke atas kita.
          Jadi, jika berat badan anda tidak turun di bulan Ramadhan, mungkin ada masalah ketika anda berbuka dan bersahur dan apa sahaja yang anda makan diantaranya. Selepas ini, jangan beli terlalu banyak di pasar ramadhan sehingga tak larat nak makan dan beribadat di bulan Ramadhan ini.
          Akhir kata, saya doakan anda semua berjaya di bulan Ramadhan. Jangan lupa perhatikan apa yang anda makan. Kurangkan manis, kurangkan lemak dan kurangkan makan. Gambar di atas buat renungan semua.

Pitaukur