Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Kurus Di Bulan Ramadhan

Suka saya untuk memulakan  dengan mengingatkan bahawa TIDAK ada jalan pintas untuk kurus. Hampir semua produk kurus walaupun  sesetengahnya boleh menguruskan tetapi tidak berkekalan dan kebanyakannya adalah berbahaya untuk kesihatan kita.
Bagi mendapatkan berat badan ideal, kita perlu mereka bentuk CARA PEMAKANAN DAN KEHIDUPAN yang betul supaya usaha kita tidak sia-sia  dan yang penting tidak kembali bertambah berat badan setelah turun nanti.

Ramadhan
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanyaRasulullah s.a.w bersabdaSesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-RayyanOrang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelakTidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain merekaKelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasaMereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebutSetelah orang yang terakhir dari mereka telah masukpintu tadi ditutup kembaliTiada lagi orang lain yang akan memasukinya.
Sebagai umat Islam sudah pasti kita menyambut Ramadhan dengan hati yang gembira. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Namun, apa yang sering berlaku adalah kita kurang berat badan pada seminggu pertama sahaja dan kemudian tidak ada apa-apa perubahan bahkan ada yang BERTAMBAH. Diburukkan lagi, berat kita terus bertambah ketika Hari Raya . Kenapa ini terjadi dan bagaimana untuk mengelakkannya? Teruskan membaca.

Metabolism Badan
Pada hari-hari awal Ramadhan metabolism badan kita masih di tahap normal. Puasa ketika ini menyebabkan kita hilang  banyak lemak dari badan. Tambahan pula, badan kehilangan banyak air  yang menurunkan lagi berat kita.
Namun begitu, puasa menyebabkan badan kita memperlahankan metabolismnya untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Hasilnya, badan kita membakar lebih sedikit kalori daripada biasa.

Gemuk Ketika Berbuka
Kalori yang berlebihan di dalam badan yang tidak digunakan akan segera ditukarkan ke dalam bentuk simpanannya iaitu LEMAK.
Keadaan ini diburukkan lagi  jika kita makan terlalu banyak  pada waktu metabolism badan kita sangat rendah iaitu sewaktu berbuka selepas berpuasa seharian.
Oleh kerana badan hanya mampu membakar sedikit kalori sewaktu berbuka ini, majoriti daripada kalori yang kita makan tadi akan disimpan dalam bentuk lemak!

KURUS DI BULAN RAMADHAN
Bagi mengelakkan penyimpanan lemak ini, kita perlu MENGURANGKAN KUANTITI SATU HIDANGAN kita tetapi MENAMBAH BILANGAN HIDANGAN KITA.
Maksudnya, kita perlu makan sedikit-sedikit tetapi beberapa kali. Persoalannya sekarang berapa kali? Jawapannya, sekurang-kurangnya 3 kali dan jika mampu lebih dari itu.
Konsepnya, LEBIH SEDIKIT KITA MAKAN SETIAP KALI dan LEBIH BANYAK KALI KITA MAKAN, lebih SEDIKIT LEMAK YANG AKAN TERKUMPUL.

Cadangan Pemakanan
Berbukalah mengikut sunnah dengan kurma atau manisan dan susu untuk mengurangkan kelaparan dan mengelakkan “binging” atau makan terlalu banyak.
Cadangan 1:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Selepas Solat Tarawikh
Hidangan Ketiga: Sahur (Penting)
Cadangan 2:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Sekitar 2 jam selepas berbuka
Hidangan Ketiga: Sekitar 4 jam selepas berbuka
Hidangan Keempat: Sahur (Penting)

Makanan
Pastikan setiap meal mempunyai protein, banyakkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat. Untuk memudahkan kita boleh anggarkan jumlah SETIAP HIDANGAN seperti berikut:-
Protein            : Ukuran sebesar tapak tangan (Ayam, Ikan)
Sayur-sayuran: Sebanyak 2 genggam tangan
Karbohidrat    : Sebanyak 1 genggam tangan (Nasi)
Pastikan juga anda makan buah-buahan selepas makan untuk memenuhkan perut dan minum air dengan banyak sepanjang malam

Senaman
70% kejayaan anda bergantung kepada pemakanan dan hanya 30% SAHAJA daripada senaman. Sepanjang bulan Ramadhan ini anda boleh kurangkan aktiviti senaman dari segi kuantiti juga intensiti dan lebih fokus kepada pemakanan.
Namun, cuba untuk lakukan senaman 3-4 kali seminggu. Antara masa yang dicadangkan adalah awal pagi, sebelum berbuka ataupun malam selepas terawikh.
Antara senaman yang cepat membakar lemak adalah senaman cardio seperti jogging dan berbasikal atau senaman bebanan terutamanya untuk otot-otot besar.

Senaman Cardio
Lari atau berbasikal sekurang-kurangnya 20 minit.
Lebih baik jika mampu buat Interval Training iaitu:
- 1 minit: Warm up dengan berjalan atau berlari anak
-5 minit: Jogging pada kelajuan selesa
-3 minit: Tingkatkan kelajuan atau kecuraman
- 1 minit: Jogging kembali pada kelajuan selesa
-1 minit: Warm down dengan berjalan atau berlari anak

Senaman Bebanan
Jika anda tidak sempat ke gym, anda boleh buat senaman bebanan badan sahaja seperti squats (kaki), pumping (dada), dips (tricep) dan bicep curl (bicep). Buat sebanyak 20 kali (repetitions) dan ulang sebanyak 3 kali (sets).  Jangan rehat terlalu lama di antara sets, maximum 1 minit sahaja.

Aidilfitri
Di kesempatan ini juga, ingin saya mengingatkan semua dan diri saya sendiri bahawa selepas sebulan berpuasa, metabolism kita masih perlahan ketika Aidilfitri. Oleh itu, makan terlalu banyak ketika ini sangatlah menggemukkan.
Cuba sedaya upaya untuk makan sedikit-sedikit 5-6 kali dan pilihlah makanan yang sesihat mungkin.
Kemudian, pastikan anda mula bersenam kembali secepat yang mungkin!

Pitaukur: Puasa tak lapar?

Assalamualaikum,


          Selamat berpuasa kepada semua bloggers yang sudi singgah ke sini. Harap anda semua dapat puasa dengan sihat dan beriman.
          In sha Allah semua yang puasa kerana mengikut tuntutan agama. Semoga kita semua tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja tetapi mendapat segala kerahmatan dan keberkatan bulan Ramadhan ini.
          Adakah puasa yang tidak lapar itu hebat? Jawapannya yang saya petik daripada Ustaz Azhar Idrus adalah TIDAK. Kita disuruh berpuasa supaya kita lapar dan dapat merasaikan sebahagian kecil kebuluran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang susah dan mengakhiri madrasah ramadhan ini dengan perasaan syukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan ke atas kita.
          Jadi, jika berat badan anda tidak turun di bulan Ramadhan, mungkin ada masalah ketika anda berbuka dan bersahur dan apa sahaja yang anda makan diantaranya. Selepas ini, jangan beli terlalu banyak di pasar ramadhan sehingga tak larat nak makan dan beribadat di bulan Ramadhan ini.
          Akhir kata, saya doakan anda semua berjaya di bulan Ramadhan. Jangan lupa perhatikan apa yang anda makan. Kurangkan manis, kurangkan lemak dan kurangkan makan. Gambar di atas buat renungan semua.

Pitaukur

Raya nak tiba, mari kita teruskan misi kurus!


Assalamualaikum bloggers sihat,

Amacam dah ukur pinggang anda? Kurus tak bulan puasa ni? Alhamdulillah, jika ya. Kalau tak, jangan risau, perjalanan masih jauh.

Ok, memandangkan raya dah nak menjelang, mari kita sama-sama menimba ilmu tentang pemakanan yang sihat. Insyaallah, kami akan cuba berkongsi seberapa banyak panduan agar anda boleh menyambut Syawal tanpa menggemukkan badan sendiri dan yang paling penting memastikan kesihatan anda terus terjamin.

Oleh itu, nantikan entry-entry kami yang seterusnya. Banyak yang ingin dikongsikan antaranya fungsi perut, makanan yang harus dielakkan, minuman yang mengemukkan serta teknik-teknik mudah menguruskan badan. Stay tuned with Pitaukur!

Bye!

Makanan sihat: Juadah Ramadhan

Assalamualaikum. 

Seperti yang digembar-gemburkan dalam beberapa entry yang lepas tentang pemakanan sihat di bulan Ramadhan, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua apa yang kami makan. Secara ringkasnya, di bawah adalah makanan 1 PORTION kami. So, kami masak sehari sekali, dan makan sebanyak 3 kali, 1 portion berbuka, 1 portion selepas terawikh dan  1 portion sahur. 

Note: memandangkan bulan Ramadhan plus campur rindu kat Malaysia, kami tidaklah memasak makanan yang terlalu sihat. Namun, apa yang nak ditegaskan adalah jumlahnya haruslah sedikit tetapi makan dengan kerap. 


 Hari 1: brown rice, mix vege & ayam masak lemak cili api

 Hari 2: Brown Rice, Rehab Fried Chicken (sile rujuk recipe rehab kami hehe~) 
Cendawan Goreng Tempura.
Hari 3: Brown Rice, mix vege, Salmon Berlada.
Hari 4: Nasi Ayam Hainan

Selamat meneruskan puasa!

Tips kurus: Rasa lapar di waktu pagi apabila bersahur?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua,

Pernahkah anda berasa lapar lebih kurang pukul 9 -10 pagi selepas bersahur? Jika pernah, teruskan membaca untuk mengetahui sebab dan cara menyelesaikannya.

Kenapa rasa lapar jika bersahur?
Makan terlalu banyak ketika bersahur. Apabila anda makan terlalu banyak, kandungan gula dalam darah anda meningkat. Badan akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah kembali. Namun, apabila gula sudah pun diturunkan pada tahap normal, insulin masih lagi terkandung dan berfungsi di dalam darah. Akibatnya, gula dalam darah akan berada pada tahap rendah dan anda akan berasa lapar. Secara ringkas:- 

Makan banyak --> Gula darah tinggi --> Insulin darah tinggi --> Gula darah turun --> Insulin masih tinggi --> Rasa lapar.

Menjelang tengahhari rasa lapar ini akan hilang kerana badan telah mengambil gula daripada stor-stor simpanan dalam badan iaitu glycogen dan lemak. 


Source: http://yourhealthandmine.net/food57.htm


Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?
Kurangkan makan ketika bersahur. Ini pun termasuk tips kurus dan pemakanan sihat juga. Cadangan yang terbaik adalah untuk makan hanya 1 portion. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada mengeluarkan terlalu banyak hormon insulin. 

Insulin?
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, insulin adalah musuh utama kita. Selain menyebabkan kita berasa lapar dengan cepat, insulin juga akan menggalakkan badan kita untuk menyimpan gula dalam bentuk lemak. Inilah sebabnya kenapa diet yang berkesan sering menyarankan agar untuk makan dalam portion yang sedikit tetapi kerap.

Thanks! Selamat berpuasa.