Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua,
Pernahkah anda berasa lapar lebih kurang pukul 9 -10 pagi selepas bersahur? Jika pernah, teruskan membaca untuk mengetahui sebab dan cara menyelesaikannya.
Kenapa rasa lapar jika bersahur?
Makan terlalu banyak ketika bersahur. Apabila anda makan terlalu banyak, kandungan gula dalam darah anda meningkat. Badan akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah kembali. Namun, apabila gula sudah pun diturunkan pada tahap normal, insulin masih lagi terkandung dan berfungsi di dalam darah. Akibatnya, gula dalam darah akan berada pada tahap rendah dan anda akan berasa lapar. Secara ringkas:-
Makan banyak --> Gula darah tinggi --> Insulin darah tinggi --> Gula darah turun --> Insulin masih tinggi --> Rasa lapar.
Menjelang tengahhari rasa lapar ini akan hilang kerana badan telah mengambil gula daripada stor-stor simpanan dalam badan iaitu glycogen dan lemak.
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?
Kurangkan makan ketika bersahur. Ini pun termasuk tips kurus dan pemakanan sihat juga. Cadangan yang terbaik adalah untuk makan hanya 1 portion. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada mengeluarkan terlalu banyak hormon insulin.
Insulin?
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, insulin adalah musuh utama kita. Selain menyebabkan kita berasa lapar dengan cepat, insulin juga akan menggalakkan badan kita untuk menyimpan gula dalam bentuk lemak. Inilah sebabnya kenapa diet yang berkesan sering menyarankan agar untuk makan dalam portion yang sedikit tetapi kerap.
Thanks! Selamat berpuasa.
No comments:
Post a Comment