Sebelum kita membicarakan tentang asas pemakanan kurus, lebih baik kita memahami dahulu satu perkara pokok yang amat penting berkenaan pemakanan iaitu tentang Insulin. Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh organ pancreas ke dalam darah untuk mengurangkan kandungan gula. Oleh itu, hormon insulin ini berada paling tinggi di dalam badan selepas kita makan. Lebih banyak kita makan, lebih tinggilah kandungan hormon ini dalam darah kita. Walaupun hormon Insulin ini sangat diperlukan untuk mengawal kandungan gula dalam darah, insulin adalah musuh utama jika kita ingin mengurangkan berat badan kerana dua sebab utama iaitu:-
Insulin akan menyebabkan kita berasa lapar dengan lebih cepat
Apabila anda makan terlalu banyak, kandungan gula dalam darah anda meningkat. Badan kemudiannya akan bertindak balas dengan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak juga untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah kembali. Oleh kerana hormon insulin berada di dalam darah untuk tempoh yang agak panjang, walaupun apabila gula sudah pun diturunkan pada tahap normal, kandungan insulin dalam darah masih tinggi. Keadaan ini mengakibatkan gula dalam darah akan turun lebih rendah pula daripada tahap normal. Pada ketika ini, kita akan berasa sangat lapar walaupun kita baru sahaja selepas makan. Setelah beberapa minit, rasa lapar ini akan hilang dengan sendirinya kerana badan kita bertindak balas secara automatik untuk menaikkan gula dalam darah menggunakan gula simpanan di dalam badan, proses ini dinamakan glukoneogenesis. Namun begitu, kebanyakan orang yang mempunyai masalah berat badan gagal menunggu proses glukoneogenesis atau penghasilan gula dari sumber simpanan di dalam badan ini berlaku dengan terus makan apabila berasa lapar walaupun baru sahaja selepas makan. Awas, masalah ini sering juga berlaku selepas kita minum minuman yang manis.
Secara ringkas:-
"Makan banyak --> Gula darah tinggi --> Insulin darah tinggi --> Gula darah turun --> Insulin masih tinggi --> Rasa lapar"
Insulin meningkatkan penyimpanan lemak dalam badan
Cara hormon Insulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan adalah dengan menukarkan gula (glucose) kepada glycogen. Namun begitu, kapasiti penyimpanan glykogen dalam badan adalah terhad. Insulin kemudiannya menukarkan baki gula yang berlebihan dalam darah kepada lemak sebagai alternatif. Oleh itu, selain menyebabkan kita berasa lapar dengan cepat, insulin juga akan menggalakkan badan kita untuk menyimpan gula berlebihan dalam bentuk lemak. Ini adalah punca utama kegemukan!
Baca seterusnya, Diet untuk mengetahui cara makan dengan betul bagi mengawal kenaikan hormon Insulin.
No comments:
Post a Comment