Setelah kita kupas tentang kalori dan cara ia digunakan di dalam badan, boleh disimpulkan bahawa tips kurus yang paling berkesan, mudah difahami dan boleh dilakukan oleh semua orang adalah untuk memastikan kalori yang masuk ke dalam badan adalah KURANG daripada kalori yang digunakan ATAUPUN kalori yang kita gunakan setiap hari adalah LEBIH daripada kalori yang masuk ke dalam badan.
Mungkin ramai yang membaca ini sudah tahu tips kurus ini dan sedang menyesal membacanya. Tunggu dulu! Tips kurus ini memang mudah difahami, tetapi ianya tidak semudah yang dijangka. Jika anda rasa bahawa untuk kurangkan kalori masuk anda hanya perlu berlapar 1-2 bulan manakala untuk meningkatkan kalori yang keluar anda hanya perlu jogging berjam-jam setiap hari, ANDA SALAH! Hal ini kerana masih banyak lagi faktor yang perlu difahami tentang badan kita berkenaan dengan pemakanan dan bagaimana kalori ini digunakan.
Tips kurus pertama yang perlu kita tahu adalah kita harus mengingat kembali bagaimanakah badan kita menggunakan majoriti daripada kalori atau tenaga yang masuk ke dalam badan kita. Ya, tepat sekali 60% - 75% kalori badan digunakan untuk menjana metabolik asas badan. Oleh itu, amat penting bagi kita dalam mengurangkan berat badan dengan pantas dan berkesan untuk meningkatkan kadar metabolik asas badan kita ini. Peningkatan kadar metabolik asas badan ini boleh dicapai melalui pemakanan dan senaman yang betul. Sudah pasti bagi memastikan kejayaan proses untuk kuruskan badan ini, kita harus mengoptimumkan dua lagi kegunaan kalori dalam badan iaitu aktiviti sebanyak 20% - 35% melalui aktiviti senaman yang betul dan pencernaan yang menggunakan 10% -15% kalori dengan memakan makanan yang tepat.
Tips kurus kedua untuk mendapatkan keputusan dengan cepat dan berkekalan adalah untuk kita memahami bagaimana badan bertindak balas terhadap makanan yang kita makan setiap hari dan kemudiannya memanfaatkannya dengan mengamalkan tabiat pemakanan baru yang betul bagi membantu kita mengurangkan berat badan dengan sihat.
Sebenarnya, tips kurus disebalik tips ini adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana apa yang penting bukan kelihatan kurus sementara kemudian berat kembali naik mendadak tetapi visi kita adalah untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan sihat sepanjang hayat kita.. Dua komponen yang paling penting untuk kurus adalah pemakanan dan senaman. Oleh itu, untuk mendapatkan berat badan yang ideal serta seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan, anda perlu mengubah jadual dan tabiat pemakanan serta membina rutin senaman anda.
Baca seterusnya, Insulin:
No comments:
Post a Comment