Cara Kuruskan Badan

Tahniah diucapkan kerana anda telah pun membuat keputusan untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih sihat dan kurus. Kami di Pitaukur amat berbangga kerana boleh bersama-sama dengan anda menjalani proses transformasi badan anda dan berkongsi sedikit ilmu tentang cara kuruskan badan ini.
Sebagai permulaan, suka kami ingatkan bahawa perjalanan untuk kurus ini merupakan satu perjalanan panjang yang berterusan. Jika anda ingin kurus secara ekspres, mencari jalan pendek tanpa perlu berusaha atau mencari ubat kurus yang magis, laman Pitaukur ini tidak sesuai untuk anda. Cara kuruskan badan yang kami hayati dan amalkan adalah dengan mengubah kehidupan secara keseluruhan agar hasilnya berkekalan dan anda boleh menghapuskan masalah kegemukan sampai bila-bila.
Mungkin anda tertanya-tanya berapa banyak berat badan yang boleh dikurangkan. Mengikut pengalaman yang kami alami sendiri, anda boleh turunkan maksimum 0.5 kg hingga 1 kg secara sihat setiap minggu. Oleh itu, bergantung kepada sasaran anda, sebagai contoh, jika anda mahu turunkan 10 kg, anda perlukan sekurang-kurangnya 10 minggu untuk melakukannya.
Sekarang anda sudah ada sedikit gambaran tentang proses ini. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk menimbang berat anda sekarang supaya anda mengetahui di mana anda bermula. Selain itu, kami juga amat mencadangkan anda mengambil ukuran-ukuran lain seperti peratusan lemak dan ukuran badan anda.
Langkah penting yang kedua adalah untuk menetapkan sasaran anda iaitu anda ingin turunkan berapa kilogram dalam masa berapa minggu.
Setelah anda selesai kedua-dua langkah menimbang dan menetapkan sasaran, tibalah masanya anda untuk mengisi ilmu pengetahuan tentang cara kuruskan badan dengan sihat dan yang paling penting berkesan.

Tindakan:-
1. Menimbang berat anda
2. Menetapkan sasaran anda 
3. Mengisi ilmu pengetahuan


No comments:

Post a Comment