Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Kurus Di Bulan Ramadhan

Suka saya untuk memulakan  dengan mengingatkan bahawa TIDAK ada jalan pintas untuk kurus. Hampir semua produk kurus walaupun  sesetengahnya boleh menguruskan tetapi tidak berkekalan dan kebanyakannya adalah berbahaya untuk kesihatan kita.
Bagi mendapatkan berat badan ideal, kita perlu mereka bentuk CARA PEMAKANAN DAN KEHIDUPAN yang betul supaya usaha kita tidak sia-sia  dan yang penting tidak kembali bertambah berat badan setelah turun nanti.

Ramadhan
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanyaRasulullah s.a.w bersabdaSesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-RayyanOrang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelakTidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain merekaKelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasaMereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebutSetelah orang yang terakhir dari mereka telah masukpintu tadi ditutup kembaliTiada lagi orang lain yang akan memasukinya.
Sebagai umat Islam sudah pasti kita menyambut Ramadhan dengan hati yang gembira. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Namun, apa yang sering berlaku adalah kita kurang berat badan pada seminggu pertama sahaja dan kemudian tidak ada apa-apa perubahan bahkan ada yang BERTAMBAH. Diburukkan lagi, berat kita terus bertambah ketika Hari Raya . Kenapa ini terjadi dan bagaimana untuk mengelakkannya? Teruskan membaca.

Metabolism Badan
Pada hari-hari awal Ramadhan metabolism badan kita masih di tahap normal. Puasa ketika ini menyebabkan kita hilang  banyak lemak dari badan. Tambahan pula, badan kehilangan banyak air  yang menurunkan lagi berat kita.
Namun begitu, puasa menyebabkan badan kita memperlahankan metabolismnya untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Hasilnya, badan kita membakar lebih sedikit kalori daripada biasa.

Gemuk Ketika Berbuka
Kalori yang berlebihan di dalam badan yang tidak digunakan akan segera ditukarkan ke dalam bentuk simpanannya iaitu LEMAK.
Keadaan ini diburukkan lagi  jika kita makan terlalu banyak  pada waktu metabolism badan kita sangat rendah iaitu sewaktu berbuka selepas berpuasa seharian.
Oleh kerana badan hanya mampu membakar sedikit kalori sewaktu berbuka ini, majoriti daripada kalori yang kita makan tadi akan disimpan dalam bentuk lemak!

KURUS DI BULAN RAMADHAN
Bagi mengelakkan penyimpanan lemak ini, kita perlu MENGURANGKAN KUANTITI SATU HIDANGAN kita tetapi MENAMBAH BILANGAN HIDANGAN KITA.
Maksudnya, kita perlu makan sedikit-sedikit tetapi beberapa kali. Persoalannya sekarang berapa kali? Jawapannya, sekurang-kurangnya 3 kali dan jika mampu lebih dari itu.
Konsepnya, LEBIH SEDIKIT KITA MAKAN SETIAP KALI dan LEBIH BANYAK KALI KITA MAKAN, lebih SEDIKIT LEMAK YANG AKAN TERKUMPUL.

Cadangan Pemakanan
Berbukalah mengikut sunnah dengan kurma atau manisan dan susu untuk mengurangkan kelaparan dan mengelakkan “binging” atau makan terlalu banyak.
Cadangan 1:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Selepas Solat Tarawikh
Hidangan Ketiga: Sahur (Penting)
Cadangan 2:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Sekitar 2 jam selepas berbuka
Hidangan Ketiga: Sekitar 4 jam selepas berbuka
Hidangan Keempat: Sahur (Penting)

Makanan
Pastikan setiap meal mempunyai protein, banyakkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat. Untuk memudahkan kita boleh anggarkan jumlah SETIAP HIDANGAN seperti berikut:-
Protein            : Ukuran sebesar tapak tangan (Ayam, Ikan)
Sayur-sayuran: Sebanyak 2 genggam tangan
Karbohidrat    : Sebanyak 1 genggam tangan (Nasi)
Pastikan juga anda makan buah-buahan selepas makan untuk memenuhkan perut dan minum air dengan banyak sepanjang malam

Senaman
70% kejayaan anda bergantung kepada pemakanan dan hanya 30% SAHAJA daripada senaman. Sepanjang bulan Ramadhan ini anda boleh kurangkan aktiviti senaman dari segi kuantiti juga intensiti dan lebih fokus kepada pemakanan.
Namun, cuba untuk lakukan senaman 3-4 kali seminggu. Antara masa yang dicadangkan adalah awal pagi, sebelum berbuka ataupun malam selepas terawikh.
Antara senaman yang cepat membakar lemak adalah senaman cardio seperti jogging dan berbasikal atau senaman bebanan terutamanya untuk otot-otot besar.

Senaman Cardio
Lari atau berbasikal sekurang-kurangnya 20 minit.
Lebih baik jika mampu buat Interval Training iaitu:
- 1 minit: Warm up dengan berjalan atau berlari anak
-5 minit: Jogging pada kelajuan selesa
-3 minit: Tingkatkan kelajuan atau kecuraman
- 1 minit: Jogging kembali pada kelajuan selesa
-1 minit: Warm down dengan berjalan atau berlari anak

Senaman Bebanan
Jika anda tidak sempat ke gym, anda boleh buat senaman bebanan badan sahaja seperti squats (kaki), pumping (dada), dips (tricep) dan bicep curl (bicep). Buat sebanyak 20 kali (repetitions) dan ulang sebanyak 3 kali (sets).  Jangan rehat terlalu lama di antara sets, maximum 1 minit sahaja.

Aidilfitri
Di kesempatan ini juga, ingin saya mengingatkan semua dan diri saya sendiri bahawa selepas sebulan berpuasa, metabolism kita masih perlahan ketika Aidilfitri. Oleh itu, makan terlalu banyak ketika ini sangatlah menggemukkan.
Cuba sedaya upaya untuk makan sedikit-sedikit 5-6 kali dan pilihlah makanan yang sesihat mungkin.
Kemudian, pastikan anda mula bersenam kembali secepat yang mungkin!

Tip Kurus Aidil-FIT-ri dan pemakan sihat

Selamat menyambut Hari Raya AidilFITri Maaf Zahir dan Batin.


Amalkan tips kurus pemakanan sihat mudah di bawah sepanjang musim perayaan ini:-
- Jangan minum air manis ketika haus
- Jangan makan kuih raya ketika lapar

- Pilih makanan yang sesihat mungkin yang ada
- Jaga kuantiti makanan setiap kali makanan


Like Pitaukur


Salam Aidilfitri dari Pitaukur


Di kesempatan ini kami di Pitaukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung Pitaukur. 

Hadiah Aidilfitri Pitaukur

Assalamualaikum. Kepada anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, boleh download Jadual Ukuran Pitaukur yang memudahkan anda memantau progress anda.

Download terus melalui ruangan file dalam Group Pitaukur VIP:
https://www.facebook.com/groups/244776289055263/

Sila download dan print. Share kepada keluarga dan rakan-rakan anda dialu-alukan.
Semoga berjaya!

Semoga perkenalan kita di Bulan Ramadhan ini membantu anda untuk membuang lemak-lemak di dalam badan anda. In sha Allah kita akan terus berusaha sampai bila-bila untuk hidup sihat dan kurus.
Di kesempatan ini saya juga ingin berpesan supaya kita semua menuruskan baki Ramadhan ini dengan meningkatkan amal dan terus berdoa untuk umat Islam yang ditindas di seluruh dunia.
Terima kasih.



Tips kurus: Berapa kalori Lemang dan Dodol?


Di kesempatan ini kami di Pitaukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.. Sebelum kita menikmati makanan setelah berpuasa, mari lihat kalori juadah raya kita sebagai tips kurus hari raya dan pemakan sihat di musim perayaan ini (dipetik daripada http://kevinzahri.com/) :-

Makanan Saiz Hidangan Kalori
                                   
                                       Karbohidrat

Ketupat
1 Biji (80g) 88
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Laksa 1 Mangkuk 550
Protein
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potong 112
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam  55g (1 genggam kecil) 180

                                     Minuman

Air Sirap
1 Gelas 85
Soft Drink 1 Gelas 85
Teh Tarik 1 Gelas 90
Air Kosong 11 Gelas 0

                                     Manisan

Kui Tart Nanas
1 Tart Kecil 50
Biskut Raya  1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kek Coklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250

Raya nak tiba, mari kita teruskan misi kurus!


Assalamualaikum bloggers sihat,

Amacam dah ukur pinggang anda? Kurus tak bulan puasa ni? Alhamdulillah, jika ya. Kalau tak, jangan risau, perjalanan masih jauh.

Ok, memandangkan raya dah nak menjelang, mari kita sama-sama menimba ilmu tentang pemakanan yang sihat. Insyaallah, kami akan cuba berkongsi seberapa banyak panduan agar anda boleh menyambut Syawal tanpa menggemukkan badan sendiri dan yang paling penting memastikan kesihatan anda terus terjamin.

Oleh itu, nantikan entry-entry kami yang seterusnya. Banyak yang ingin dikongsikan antaranya fungsi perut, makanan yang harus dielakkan, minuman yang mengemukkan serta teknik-teknik mudah menguruskan badan. Stay tuned with Pitaukur!

Bye!