Tips kurus pemakan sihat hari ini adalah untuk makan protein secukupnya. Protein seperti daripada ayam, ikan dan telur adalah nutrisi penting. Untuk anda yang
sedang membina otot, sudah tentu anda memerlukan lebih banyak protein. Hal ini
boleh diibaratkan seperti ingin membina rumah yang lebih besar, sudah tentu
memerlukan batu-bata yang lebih banyak.
Pakar-pakar bina badan mencadangkan 1-2 gram protein sehari
untuk setiap kilogram berat badan bersamaan dengan 10-20 gram protein 5-6 kali
sehari. Seketul ayam dada mempunyai lebih kurang 20 gram protein namun sebijik
telur hanya mengandungi 6 gram protein
sahaja.
Menyediakan 5-6 kali hidangan sehari adalah suatu perkara
yang sukar, oleh itu, cara yang paling mudah dan cepat adalah untuk meminum
whey protein yang mengandungi lebih kurang 20 gram protein dalam setiap
bancuhan dan kebanyakan adunan whey protein ini mempunyai kandungan lemak serta
gula yang sangat rendah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang whey protein boleh
berkunjung ke page Info Diet iaitu whey
protein yang telah mendapat Sijil Halal JAKIM.
Like dan Share Page Pitaukur untuk lebih banyak tips tentang menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment