1) Sup Ayam
Bahan-bahan: Seekor ayam yang telah dipotong 8, 1 inci halia, kiub ayam, 2 ulas bawang putih, garam
Cara Masak: - Panaskan satu periuk air, masukkan kiub ayam, halia dan bawang putih yang telah diketuk. Biarkan air mendidih. Tambah garam secukup rasa.
- Perlahankan api, dan masukkan ayam. Masak selama 45 min.
2) Ayam Hainan
Bahan-bahan: Minyak bijan, 2 inci halia, 2 sudu besar kicap cair.
Cara Masak: - Keluarkan ayam daripada sup, rendam dalam air sejuk 10 min, gantung/ keringkan dengan kitchen towel.
- campur minyak bijan, halia yang telah ditumbuk halus dan kicap cair, sapu di atas ayam itu tadi, kemudian bakar (200 celsius dalam 20 min.) / pan fried dengan sedikit minyak.
Garnish / hiasan: sesame seeds, daun bawang yang telah dihiris.
3) Nasi Ayam
Bahan-bahan: 2 cawan beras, 1 setengah sudu besar light marjerin, 1 inci halia (diketuk), 1 ulas bawang putih (diketuk), 1 biji bunga lawang, 1 batang kayu manis, 1 helai daun pandan (disimpul), 1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam.
Cara masak: Campurkan semua bahan di atas dalam periuk nasi, masak sedikit atas dapur sampai naik bau. Masukkan sup, lebihkan setengah inci drpd masak nasi biasa.
4) Sos Kicap
Campurkan semua bahan ini dan digaul rata. 1 sudu kecil (gula, serbuk seasoning (maggi), minyak bijan), 2 sudu besar kicap cair, 200 ml sup ayam ( 2 cawan).
5) Kuah Cili
Blend semua bahan ini: 2 biji cili merah, 3 biji cili padi, 3 biji bawang putih, air lemon 3/4 cawan, sedikit garam dan gula. *Tak perlu masak*
6) Bahan Sampingan:
Timun, tomato dan daun bawang dihiris, salad
Nak resepi makanan sihat lagi?? Sila klik di sini! Makanan sihat
No comments:
Post a Comment