Insulin musuh kita! Tips kurus dan pemakan sihat

Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh organ pancreas ke dalam darah untuk mengurangkan kandungan gula. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, insulin adalah musuh utama kita.

Lagi banyak makan, lagi cepat lapar?
Insulin akan menyebabkan kita berasa lapar dengan lebih cepat. Apabila anda makan terlalu banyak, kandungan gula dalam darah anda meningkat. Badan akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah kembali. Namun, apabila gula sudah pun diturunkan pada tahap normal, insulin masih lagi tinggi dalam darah. Akibatnya, gula dalam darah akan berada pada tahap rendah dan anda akan berasa lapar. Secara ringkas:-

"Makan banyak --> Gula darah tinggi --> Insulin darah tinggi --> Gula darah turun --> Insulin masih tinggi --> Rasa lapar"

Insulin dan lemak
Insulin mengurangkan kandungan gula dalam badan dengan menukarkan gula (glucose) kepada glycogen. Memandangkan kapasiti penyimpanan glycogen dalam badan hanya sedikit, gula yang berlebihan dalam badan tadi akan ditukar kepada lemak. Oleh itu, selain menyebabkan kita berasa lapar dengan cepat, insulin juga akan menggalakkan badan kita untuk menyimpan gula dalam bentuk lemak. Ini adalah punca utama kegemukan!

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?
Kurangkan kuantiti makanan dalam setiap hidangan. Cadangan yang terbaik adalah untuk makan hanya 1 portion tetapi kerap. Pastikan anda makan 5-6 kali sehari. Jika anda tidak lapar sebanyak 5-6 kali, bermaksud portion anda salah, maka kurangkannya. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada mengeluarkan terlalu banyak hormon insulin. Sekian tips kurus pemakanan sihat khas buat anda

Tips kurus pemakan sihat: Jangan berhenti makan walaupun ketika diet

Hai rakan2 blogger sekalian (^_^)

           Sape tengah diet angkat tangan please....hehe, confirm ramai ni. Nak tips kurus pemakanan sihat? Em ok camni, saya sekarang tengah berusaha untuk abiskan satu buku ni, fewwwhhhhh tebal gile...."The Dukan Diet". Actually takde la tebal sangat, tapi untuk saya yang bukan sejenis ulat ni sangat la sukar nak menghabiskannya. So nanti kalau da abis boleh la kite share same2.

           Dalam entry sebelum ni, Rosak program diet di bulan Ramadhan? scabe ade menjelaskan kepentingan untuk menjaga portion makanan. Sekali lagi ingin ditekankan kepada pendiet2 sekalian, anda tidak perlu sama sekali untuk skip your breakfast, lunch or dinner. Ye...saya tahu suatu ketika dahulu, ramai dietitians yang suggest untuk skip makan malam, yang penting bersarapan pagi dan makan tengah hari. Tapi berapa ramai yang tahan dengan program diet tersebut? sebab setahu saya ramai keluarga yang gemar dinner same2 dirumah mahupun diluar....tu je waktu family berkumpul time weekdays, so takkan la kite nak terkulat2 je tengok kan?

           Sekarang ni, banyak teori2 sebegitu tidak lagi diguna pakai. Seperti dalam buku Dukan Diet ni, die cakap "Never skip your meals, this is a bad mistake that often stems from good intentions but which can little by little destabilize your diet". Ini kerana, sekali anda berhenti makan....anda akan berpotensi untuk makan lebih banyak in your next meal, and time tu jugak la anda akan makan apa saja yang anda inginkan, aiskrim, coklat, dessert,  yela sebab tengah lapar kan. So this will destabilized your diet! badan anda juga pada waktu ini akan extract lebih banyak calories daripada makanan anda untuk cover balik nutrient yang hilang sebelum ni.

           Kesimpulannye, makan la ketika lapar dan berhenti ketika kenyang...kan sunnah tu hehe. Size perut anda tu cume sebesar penumbuk je....so janganla sumbat banyak2 sangat k. Makan 1 portion yang sedikit tapi banyak kali, nak makan 5 kali sehari pun takpe. Kalau agak2 berat anda tak berkurang, maksudnye portion makanan tu perlu dikurangkan lagi. Ok tu je...selamat berdiet =)~~~
       

Tips kurus: Berapa kalori Lemang dan Dodol?


Di kesempatan ini kami di Pitaukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.. Sebelum kita menikmati makanan setelah berpuasa, mari lihat kalori juadah raya kita sebagai tips kurus hari raya dan pemakan sihat di musim perayaan ini (dipetik daripada http://kevinzahri.com/) :-

Makanan Saiz Hidangan Kalori
                                   
                                       Karbohidrat

Ketupat
1 Biji (80g) 88
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Laksa 1 Mangkuk 550
Protein
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potong 112
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam  55g (1 genggam kecil) 180

                                     Minuman

Air Sirap
1 Gelas 85
Soft Drink 1 Gelas 85
Teh Tarik 1 Gelas 90
Air Kosong 11 Gelas 0

                                     Manisan

Kui Tart Nanas
1 Tart Kecil 50
Biskut Raya  1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kek Coklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250

Tips kurus teknik unik menguruskan badan

Assalamualaikum, dalam tips kurus kali ini saya akan kongsikan beberapa teknik unik pemakanan sihat yang mudah yang boleh membantu anda!

Jangan buang kulit buah-buahan
Fiber adalah sangat berkesan dalam memperlahankan proses penghadaman. Oleh itu, teknik unik yang pertama adalah jangan buang kulit apple ataupun timun anda kerana kebanyakan fiber adalah pada kulitnya.

Anda juga boleh menambah fiber dalam setiap makanan anda dengan mengambil Psyllium. Ia boleh diminum sebelum makan ataupun campurkan bersama makanan anda. Selain fiber, Psyllium juga boleh melekat kepada lemak tepu dan mengeluarkannya dari badan tanpa meningkatkan kolesterol.

Tambahkan asid
Makanan berasid juga mampu memperlahankan proses penghadaman. Tambahkan limau, lemon
ataupun cuka dalam makanan anda, contohnya ke dalam salad.


Lemak dan protein
Pernah tak nampak orang makan roti dengan minyak zaitun (olive oil)? Sebenarnya dengan mencicah roti ke dalam minyak zaitun, ia akan melambatkan proses penghadaman, tak sangkakan? Selepas ini bolehlah try ye!
Sama juga jika anda nak makan nasi atau pasta, pastikan ada daging ataupun ayam yang boleh memperlahankan penghadaman karbohidrat ke dalam badan.

Insyaallah teknik-teknik di atas boleh membantu mengurangkan kenaikan insulin dalam badan.

Tips kurus pemakanan sihat: Makan dan Gemuk!

Assalamualaikum,
Tips kurus hari ini adalah tentang makanan yang mengGEMUKkan. Makanan ini mempunyai kalori, lemak ataupun garam yang tinggi. Lelaki memerlukan 2500 kalori manakala perempuan memerlukan 2000 kalori sehari untuk MANTAIN berat badan mereka. Jadi, jika anda hendak menguruskan badan, kenalah makan kurang daripada jumlah kalori di atas.

1. Burger (Mc Donald,KFC, Burger King)
1,360 kalories. Lemak + garam + minyak.
2. Kentang goreng (Mc Donald,KFC, Burger King) 
617 kalories. Lemak + garam + minyak.
3. Ice-blended coffee (Starbuck) 
470 kalories. Lemak + gula + Caffein.
4. Donuts (Dunkin Donuts, Big Apple) 
340 kalories. Lemak + gula.
5. Ice Cream (Haagen Dazz, Wall's) 
310 kalories. Lemak + gula.
6. Minuman ringan (Pepsi, Coke, F&N) 
220 kalories. Air + asid + pewarna + perasa  tiruan + gula + Caffein.
7. Potato Chips (Mr. Potato) 
150 kalories. Lemak + garam.
8. Hot Dog 
Lemak + garam + minyak.
9. Sup dalam tin (Campbell) 
Garam + MSG.



Oleh itu, jika anda seorang lelaki dan makan 1 burger (1360) + 1 kentang goreng (617) + 1 donuts (340)+ 1 pepsi (220) = 2537kalori - "bunyi macam sekali keluar gi Mid Valley kan?" anda telah pun terlebih 27 kalori untuk hari itu. Belum kira breakfast dan dinner lagi tu. So, dah tahu kenapa ramai orang boroi?! Hehehe.


Tips kurus pemakanan sihat: Jangan minum Jus Apple


          Sebelum kita mengikuti apa-apa diet, mari kita cuba fahami perkara paling asas tentang perut kita. Tugas perut adalah untuk memproses makanan dengan mengunakan muscle-musclenya untuk menghancurkan makanan tersebut.

         Memakan makanan yang belum diproses menyebabkan gula dalam badan naik perlahan-lahan. Manakala, memakan makanan yang telah diproses menyebabkan gula dalam badan naik mendadak.
 "Semakin banyak makanan itu diproses, semakin mudah perut untuk menghadam makanan, semakin cepat kenaikan gula dan semakin gemuklah kita". 



        Yang terbaik adalah kenaikan gula secara perlahan-lahan, konsistent dan sedikit.
Inilah sebabnya kenapa makan sebiji apple adalah lebih baik daripada minum jus apple. Jus apple telah pun diproses, diekstrak dan tidak mempunyai fiber. Oleh kerana semua proses telah selesai, gula akan terus masuk ke dalam darah. Oleh iti tips kurus pemakanan sihat kali ini adalah JANGAN MINUM JUS dan MINUMAN BERGULA. Jika jus apple pun berbahaya, bayangkan jika yang masuk ke dalam mulut anda adalah aiskrim ataupun Potato Chips.

Katakan Euuw.. kepada makanan proses!


Raya nak tiba, mari kita teruskan misi kurus!


Assalamualaikum bloggers sihat,

Amacam dah ukur pinggang anda? Kurus tak bulan puasa ni? Alhamdulillah, jika ya. Kalau tak, jangan risau, perjalanan masih jauh.

Ok, memandangkan raya dah nak menjelang, mari kita sama-sama menimba ilmu tentang pemakanan yang sihat. Insyaallah, kami akan cuba berkongsi seberapa banyak panduan agar anda boleh menyambut Syawal tanpa menggemukkan badan sendiri dan yang paling penting memastikan kesihatan anda terus terjamin.

Oleh itu, nantikan entry-entry kami yang seterusnya. Banyak yang ingin dikongsikan antaranya fungsi perut, makanan yang harus dielakkan, minuman yang mengemukkan serta teknik-teknik mudah menguruskan badan. Stay tuned with Pitaukur!

Bye!

Makanan sihat: Rehab Hainanese Chicken Rice



1) Sup Ayam
           Bahan-bahan: Seekor ayam yang telah dipotong 8, 1 inci halia, kiub ayam, 2 ulas bawang putih, garam
           Cara Masak: - Panaskan satu periuk air, masukkan kiub ayam, halia dan bawang putih yang telah diketuk. Biarkan air mendidih. Tambah garam secukup rasa.
                               - Perlahankan api, dan masukkan ayam. Masak selama 45 min.
                             
2) Ayam Hainan
       Bahan-bahan: Minyak bijan, 2 inci halia, 2 sudu besar kicap cair.
         Cara Masak: - Keluarkan ayam daripada sup, rendam dalam air sejuk 10 min, gantung/ keringkan dengan kitchen towel.
                              - campur minyak bijan, halia yang telah ditumbuk halus dan kicap cair, sapu di atas ayam itu tadi, kemudian bakar (200 celsius dalam 20 min.) / pan fried dengan sedikit minyak.
           Garnish / hiasan: sesame seeds, daun bawang yang telah dihiris.

3) Nasi Ayam
        Bahan-bahan: 2 cawan beras, 1 setengah sudu besar light marjerin, 1 inci halia (diketuk), 1 ulas bawang putih (diketuk), 1 biji bunga lawang, 1 batang kayu manis, 1 helai daun pandan (disimpul), 1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam.
            Cara masak:  Campurkan semua bahan di atas dalam periuk nasi, masak sedikit atas dapur sampai naik bau. Masukkan sup, lebihkan setengah inci drpd masak nasi biasa.

4) Sos Kicap 
         Campurkan semua bahan ini dan digaul rata. 1 sudu kecil (gula, serbuk seasoning (maggi), minyak bijan), 2 sudu besar kicap cair, 200 ml sup ayam ( 2 cawan).

5) Kuah Cili
          Blend semua bahan ini: 2 biji cili merah, 3 biji cili padi, 3 biji bawang putih, air lemon 3/4 cawan, sedikit garam dan gula. *Tak perlu masak*

6) Bahan Sampingan: 
          Timun, tomato dan daun bawang dihiris, salad

Nak resepi makanan sihat lagi?? Sila klik di sini! Makanan sihat






Makanan sihat: Juadah Ramadhan

Assalamualaikum. 

Seperti yang digembar-gemburkan dalam beberapa entry yang lepas tentang pemakanan sihat di bulan Ramadhan, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua apa yang kami makan. Secara ringkasnya, di bawah adalah makanan 1 PORTION kami. So, kami masak sehari sekali, dan makan sebanyak 3 kali, 1 portion berbuka, 1 portion selepas terawikh dan  1 portion sahur. 

Note: memandangkan bulan Ramadhan plus campur rindu kat Malaysia, kami tidaklah memasak makanan yang terlalu sihat. Namun, apa yang nak ditegaskan adalah jumlahnya haruslah sedikit tetapi makan dengan kerap. 


 Hari 1: brown rice, mix vege & ayam masak lemak cili api

 Hari 2: Brown Rice, Rehab Fried Chicken (sile rujuk recipe rehab kami hehe~) 
Cendawan Goreng Tempura.
Hari 3: Brown Rice, mix vege, Salmon Berlada.
Hari 4: Nasi Ayam Hainan

Selamat meneruskan puasa!

Tips kurus: Rasa lapar di waktu pagi apabila bersahur?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua,

Pernahkah anda berasa lapar lebih kurang pukul 9 -10 pagi selepas bersahur? Jika pernah, teruskan membaca untuk mengetahui sebab dan cara menyelesaikannya.

Kenapa rasa lapar jika bersahur?
Makan terlalu banyak ketika bersahur. Apabila anda makan terlalu banyak, kandungan gula dalam darah anda meningkat. Badan akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah kembali. Namun, apabila gula sudah pun diturunkan pada tahap normal, insulin masih lagi terkandung dan berfungsi di dalam darah. Akibatnya, gula dalam darah akan berada pada tahap rendah dan anda akan berasa lapar. Secara ringkas:- 

Makan banyak --> Gula darah tinggi --> Insulin darah tinggi --> Gula darah turun --> Insulin masih tinggi --> Rasa lapar.

Menjelang tengahhari rasa lapar ini akan hilang kerana badan telah mengambil gula daripada stor-stor simpanan dalam badan iaitu glycogen dan lemak. 


Source: http://yourhealthandmine.net/food57.htm


Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?
Kurangkan makan ketika bersahur. Ini pun termasuk tips kurus dan pemakanan sihat juga. Cadangan yang terbaik adalah untuk makan hanya 1 portion. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada mengeluarkan terlalu banyak hormon insulin. 

Insulin?
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, insulin adalah musuh utama kita. Selain menyebabkan kita berasa lapar dengan cepat, insulin juga akan menggalakkan badan kita untuk menyimpan gula dalam bentuk lemak. Inilah sebabnya kenapa diet yang berkesan sering menyarankan agar untuk makan dalam portion yang sedikit tetapi kerap.

Thanks! Selamat berpuasa.

Tips kurus: Rosak program diet di bulan Ramadhan?

Alhamdulillah kami mula berpuasa hari ini. Sebagai permulaan saya ingin memetik sebuah hadis Rasullah tentang kelebihan berpuasa agar anda semangat untuk menjalankan ibadah wajib ini.

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.

Mari kembali kepada landasan asal Pitaukur, gaya hidup sihat. Pasti akan kurus di bulan Ramadhan? Rosak program diet kerana berpuasa? Semua pendiet-pendiet di luar sana ada yang berasa gembira dan kurang gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan. Jangan bimbang, semua orang pasti akan bermotivasi selepas membaca tips kurus ini tentang cara pemakanan sihat. Insyaallah!

Jadual bulan Ramadhan

Petang sebelum berbuka: Membuat sedikit exercise (45min-1jam) / 3kali seminggu
a)Cadangan: Yoga (perempuan dan lelaki) , Body building - not too intense (lelaki)
a) Kepada yang kena memasak seperti kami bolehlah buat simple exercise sebelum memasak    ataupun sambil memasak

Ketika berbuka: Paling penting! Makan satu portion seperti biasa +  minum air dengan banyak
a) Berbuka dengan 3 biji kurma dan susu(Sunnah)
b) Solat Maghrib
c) Makan 1 portion seperti biasa (rujuk gambar di  bawah) + minum air dengan banyak
d) Sertakan manisan pasar ramadhan dan air manis jika perlu. Sila rujuk di bawah.

Isyak dan Tarawikh: Sentiasa meminum air dan snacking di antara solat 
a) bawa bekalan air ke masjid
b) jika anda terawikh di rumah, pastikan anda snacking dengan betul (cadangan: buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang) dan sila minum air masak sebelum solat :)

Selepas Terawikh: Makan 1 portion  + minum air dengan banyak
a) Cuba makan seawal mungkin supaya tidak tidur dalam keadaan kenyang
b) boleh makan lebih sekali sepanjang malam seperlunya.
Note: sentiasa makan bila anda berasa lapar setiap 2-3 jam seperlunya. Tetapi pastikan setiap portion adalah 1 PORTION SAHAJA

Sahur: Makan 1 portion + minum air dengan banyak
a) jangan tinggalkan sahur
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a..w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

Pasar Ramadhan

Seperti yang kite semua ketahui, time-time bulan puasa ini ada pelbagai jenis kuih muih yang terbentang luas di pasar ramadhan. Oleh itu, saya cadangkan agar kita memilih selebih-lebihnya satu manisan sahaja setiap hari dan bolehlah kita makan semasa berbuka. Rilex, esok kan ada lagi. Harap ini tidak terlalu zalim. :)

Minuman
Sama seperti manisan di atas, bolehlah minum 1 gelas air manis seperti bandung ataupun sirap ketika berbuka. Jangan lebih dari segelas. Sedarlah bahawa kebanyakan calori dalam badan datangnya dari air yang manis.
Pastikan anda minum 2-3 Liter air masak/mineral sepanjang waktu anda tidak berpuasa.

Contoh 1 portion:
1 portion: karbohidrat (brown rice) + protein (udang) + sayur (kangkung)
Sentiasa cuba kurangkan minyak, kurangkan lemak dalam masakan anda. :)

Selamat menunaikan kewajipan berpuasa. Terima kasih.

Stay healthy. Scabe~

Makanan sihat: Rehab Fried Chicken (Half the KFC Chicken calories, no frying!)


         Selamat berpuasa semua J hari ni (20/7) kami di Czech Republic sudah mula berpuase, bermula dari pukul 3 pagi sampai 9 malam! Fewhh, memang sangat mencabar berpuase time summer macam ni. So memandangkan kami berpuasa selame 18 jam (dan takde pasar ramadhan, isk2~), maka terpaksalah masak yang simple2 untuk berbuka nanti (tak larat la nk masak 2-3 jam) hehe lagipun kami ni still student maybe boleh dimaafkan..erk suke hati je~

Okeh kembali ke point yang sebenar, actually saye nak share satu resepi makanan sihat yang sangat2x simple, sihat dan sedap! Ni adelah recipe terbaik bagi anda yang nk sangat makan ayam goreng, tapi, tengah diet ataupun ingin berjinak2 dengan cara hidup yang lebih sihat tapi takut kene makan sayur dengan buah je hari2 hehe (memandangkan kami pun baru je nk kembali ke pangkal jalan, so meh start same2~)

Bahan-bahan:
1)      Ayam yang telah dipotong dan dibuang kulit.
2)      Low fat butter milk
*nak buat sendiri pun takde masalah, cume perlukan cuka/lemon juice dan susu segar rendah lemak, then follow this link: http://www.youtube.com/watch?v=88JIyrY5ZV4)
3)    Pretzels stick, kalau tak jumpe gantikan dengan whole grain bread crumbs
         
                          4)    Oregano
                          5)     Black pepper
                          6)     Onion and Garlic powder  (you can skip the onion powder if you can’t find one)
                          7)     Serbuk cili (cayenne pepper)
                          8)     Garam (sekiranya anda menggunakan pretzel tanpa garam)
                          9)     Dijon mustard
      Cara-cara:
1)   Tuangkan buttermilk ke dalam mangkuk yang mengandungi ayam (cover the whole chicken). Marinate selama setengah jam or overnight dalam peti sejuk.
2)   Campurkan pretzel, oregano, onion and garlic powder, cayenne pepper, black pepper, sedikit garam dan blend semua bahan-bahan tersebut.
3)   Panaskan oven 200 degree celsius.
4)   Ambil ayam yang telah di marinate kan tadi, salutkan dengan dijon mustard kemudian salutkan pula dengan campuran pretzel itu tadi. Buangkan buttermilk yang berlebihan.
5)   Masukkan ayam ke dalam oven selama sejam! Ready to serve~
                *picture will be uploaded later, do visit our blog again J


Pitaukur: Alhamdulillah Ramadhan tiba semula

Assalamualaikum semua,

Cume nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Semoga kita dapat mencuri sebanyak mungkin pahala dan keberkatan dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah tahun ini kami akan berpuasa lebih kurang 18 jam di Czech Republic. Insyaalah!

Scabe dan Mimi

Pitaukur

Tips kurus: Rahsia kurus paling PENTING & paling MUDAH

"Paksalah diri meminum air sebelum anda dipaksa doktor memakan ubat" -scabe-

Scabe di sini! Dalam entry hari ni, saya nak membocorkan satu rahsia kurus yang paling agung sekali. Ramai yang beranggapan untuk kurus kita perlu berbelanja mahal untuk produk-produk tertentu.Tetapi ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan air. Oleh itu, tips kurus yang saya maksudkan adalah MEMINUM AIR dengan BANYAK. 

Kite dicadangkan untuk minum 2 Liter bersamaan 8 gelas air sehari. Dan yang paling penting, air yang dimaksudkan di sini adalah air kosong/masak/mineral dan bukannya air coca-cola, jus, sirap mahupun teo ais limau, yang mempunyai kandungan GULA yang tinggi! (ye, termasuk jus!)
Daripada menguruskan badan, mendapatkan kulit dan rambut yang cantik sehinggalah kepada pencegahan penyakit-penyakit seperti diabetes dan buah pinggang, meminum air adalah langkah pertama untuk setiap pemasalahan di atas. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengajar diri kita untuk meminum air yang banyak. Ini adalah lebih baik daripada kita dipaksa doktor untuk memakan pil-pil ubat. Renung-renungkan.

Ok-ok. Cakap memang la senang, tapi macam mana nak minum air masak banyak-banyak. Salah satu cara adalah memastikan air ada sentiasa dengan anda. Atas meja, dalam bilik, beg, kereta dan di mana-mana sahaja! Then, jika anda lepak-lepak di kedai or jalan-jalan pastikan anda mengorder air masak/mineral sahaja. Lakukan ini dan anda pasti melihat perbezaannya! 

Dan last sekali, dengan sedikit kretiviti, anda boleh membuat air masak anda menjadi lebih menarik seperti gambar di bawah. Sila nantikan post yang seterusnya....Thanks. 


Makanan sihat: Matcha Green tea latte (deliciously healthy!)


Resepi makanan sihat: Matcha green tea latte

1. Bahan-bahan
Green tea Matcha, Susu, Madu, Vanilla extract (optional), cawan dan sudu

2. Cara-cara
- 1/2 sudu kecil Matcha green tea, tambah air panas sedikit untuk melarutkan tea
- tuangkan susu segar sehingga cawan penuh
-tambahkan madu 1 sudu kecil
- tambahkan 1 titik Vanilla extract
- panaskan di dalam microwave (5min) 

2. Kelebihan Matcha green tea
Menguruskan badan, meningkatkan metabolisma badan, sumber caffeine, high level of antioxidant (more than acai berry and blueberries), vitamin c, mengurangkan fizikal dan mental stress, improved mood and alertness, meningkatkan system immuniti badan,  reduced stroke attack. 

Selamat mencuba!

Makanan sihat: Healthy Tofu Korean Side Dish

Resepi makanan sihat: Healthy Tofu Korean Side Dish (Inspired by Maangchi)






                 Tofu: 
·         Potong tofu (5 cm x 5 cm lebar) dan (1 cm tebal) à 10- 12 potongan
·         Panaskan nonstick frying pan dengan 2-3 sudu besar minyak masak dan gorengkan tofu tadi sehingga garing/kekuningan dibahagian luar (bahagian tengah dibiarkan lembut)
*tips sihat: tofu boleh digaringkan tanpa menggunakan sebarang minyak!~

Tofu Sauce:
·         Bahan-bahan:
-          madu (1 sudu besar)
-          serbuk bawang putih (1 sudu kecil)
 *anda boleh menggunakan bawang putih yang dicincang, but it has quite strong aftertaste since the sauce is not cooked.
-          chili flakes/serbuk cili (2 sudu besar)
-          kicap masin (1 sudu besar)
-          sesame oil (1 sudu kecil)
-          daun bawang (racik halus, 1-2 sudu besar)
-          air masak (1-2 sudu besar)
-          sesame seeds (1 sudu kecil)
·         Gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali sesame seeds kemudian rasa dan ubah mengikut citarasa anda.
·         Tuangkan di atas tofu yang telah digoreng tadi.
·         Kemudian taburkan sesame seeds sebagai hiasan

Maangchi Tofu side dishes: http://www.youtube.com/watch?v=J64UnMsgq_0

Apa kaitan tips kurus dan Pitaukur?


Mungkin anda masih tertanya- tanya kenapa nama blog ini Pitaukur, relax jangan kerutkan dahi anda lagi. Sejarahnya, setelah kami telah memerah otak selama hampir sehari, akhirnya nama ini dipilih kerana ianya paling sesuai dengan objektif kami. Pelbagai lagi nama lain yang kami hampir letak seperti teh hijau, penimbang berat, bekas kaca dan sebagainya.

Ada banyak ukuran yang boleh digunakan untuk memantau progres kurus kita, antara yang paling popular adalah menimbang berat badan dan BMI (body mass index). Tetapi kedua-dua ukuran di atas kurang sesuai teutamanya jika anda membina muscle kerana muscle akan menambahkan berat anda namun ini bukanlah penambahan berat yang tidak baik. 

Oleh itu, ukuran yang lebih sesuai dalam menentukan tahap kesihatan kita adalah peratusan lemak (%). Tetapi, memandangkan untuk menentukan ukuran ini anda perlu menggunakan alat klipper lemak ataupun mesin-mesin mengukur yang mahal dan rumit, alternatifnya kami menggunakan alat pita ukur yang murah dan mudah. Bukan sahaja itu, dengan hanya menggunakan pita ukur ini anda boleh mengira peratusan lemak anda dengan kalkulator tertentu yang akan dipostkan kelak. Tunggu, coming soon.

Terus sertai pitaukur untuk pelbagai lagi tips kurus, pemakanan sihat serta senaman

Pitaukur: Langkah pertama perkongsian tips kurus

Assalamualaikum dan tahniah kerana berjaya menjejakkan mata ke blog ini. Dalam beberapa bulan yang lepas, kami telah memperuntukkan banyak masa dalam mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. Walaupun masih belum mencapai tahap yang diinginkan, tujuan blog ini dibina adalah untuk berkongsi progres kami di samping berkongsi tips kurus dengan anda yang juga ingin hidup lebih sihat dan cergas. Antara fokus kami adalah tips diet, pemakanan sihat serta exercise atau senaman. Harus diingatkan ini bukan program cepat kurus, tetapi lebih mengutamakan perubahan gaya hidup supaya hasilnya kekal lama. Semoga blog ini dapat memotivasikan kita semua! Selamat berjaya!